KE MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Menerusi video dimuat naik Fazura yang sempat meluangkan masa bersama anaknya di Kidzania baru-baru ini dan Fatima dilihat melakukan aktiviti kerja housekeeping bersama sepupu-sepupunya.
"My babies!!!' kongsi Fazura.
Main peranan sebagai kakitangan housekeeping, si kecil itu empat tahun itu kelihatan sibuk mengemas katil seperti mana sekeping foto contoh.
Tidak hanya membetulkan cadar, Fatima juga menyusun kembali kusyen dan bantal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji kerajinan ketiga-tiga kanak-kanak itu, terutamanya Fatima.
Malah ada juga yang memuji ketinggian Fatima yang sudah melebihi kanak-kanak seusianya.
Fazura membalas komen tersebut dengan memberitahu bahawa ketinggian anak kesayangannya itu mengikut genetik bapanya.
Melihatkan ketelitian Fatima, warganet tertarik. "Somebody really pay attention," kata warganet.
Rupa-rupanya si kecil itu dedah Fazura, sering membantunya mengemas bilik.
"Ya sebab dia every morning suka kemas katil Faz," katanya.
Malah ramai juga memuji cara didikan Fazura terhadap anak perempuannya yang peka dengan kekemasan.
Menurut WebMD, antara ciri fizikal yang diwariskan daripada bapa kepada anak ialah warna mata, ketinggian, lesung pipit dan tekstur rambut.
Manakala ciri yang boleh diturunkan daripada ibu pula ialah termasuk daya penglihatan, kepintaran, kebolehan menurunkan berat badan dan corak tidur.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan menyambut kelahiran Fatima pada 2 Oktober 2020.
Pasangan berkenaan bagaimanapun rasmi berpisah pada 25 September lalu.