Inspirasi! Anak Aris Ariwatan genggam Ijazah Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang, sedang sambung master. 'Carilah ilmu sementara muda, manfaatkan kepada masyarakat'

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi popular era 1990-an, Aris Ariwatan yang menyaksikan kejayaan anak lelakinya, Muhammad Nabil Fikri berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pesawat Terbang dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Aris atau nama penuhnya Haris Fadzillah Daud, 60, meluahkan rasa syukur cita-cita anaknya untuk mengenggam segulung ijazah akhirnya tercapai.

Iklan
Iklan

"Syukur kepada ALLAH pada hari ini menumpang bangga kerana anak saya berjaya mencapai sehingga peringkat ijazah," katanya.

Sementara itu, anaknya, Muhammad Nabil Fikri dalam satu perkongsian memberitahu sedang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana sambil bekerja.

Iklan

"Alhamdulilah, sekarang ni saya tengah sambung sarjana dalam Pengurusan Penerbangan dan insya-ALLAH akan bergraduasi pada tahun hadapan.

Vokalis kumpulan Ariwatan itu juga turut menitipkan nasihat kepada golongan muda untuk terus mencari ilmu.

Iklan

"Saya doakan semoga semua berjalan dengan lancar, ingat carilah ilmu sementara muda ni kerana ALLAH dan manfaatkan kepada masyarakat,” ujarnya menerusi laman sosial Facebook UniKL.

Warganet mengucapkan tahniah buat Aris dan keluarga atas kejayaan Nabil dan mendoakan anak muda itu terus cemerlang.

Sekadar info, Aris memulakan kerjaya muziknya bersama kumpulan Ariwatan pada tahun 1989 namun kumpulan itu tidak lama bertahan di industri muzik Selepas berpecah, Aris meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dan menggelarkan dirinya sebagai Aris Ariwatan.

Beliau kemudian beliau menggugurkan"Ariwatan" dan hanya mahu dikenali sebagai"Aris". Namun hingga kini namanya sebagai Aris Ariwatan kekal dalam lipatan sejarah industri muzik.

Beliau mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 dan dikurniakan enam orang cahaya mata.

Sumber: Facebook UNIKL