'Kejayaannya sangat unik, mentor ramai orang.' Cuaca redup iringi perjalanan terakhir Allahyarham Ahmad Nawab

Iklan

SENIMAN Negara, Allahyarham Tan Sri Dr Ahmad Nawab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak pada jam 11.15 pagi.

Cuaca redup mengiringi perjalanan terakhir jenazah Allahyarham yang tidak henti-henti menerima kunjungan daripada anak didik dan artis.

Iklan
Iklan

Antara rakan industri yang kelihatan adalah anak didik Allahyarham, Ramlah Ram, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.

Iklan

Tidak ketinggalan komposer dan penyanyi tersohor, Datuk Dr M Nasir. Beliau yang sempat ditemu ramah SinarPlus menyifatkan pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar dunia seni muzik tanah air.

Iklan

"Pada awal tahun 1980-an, saya bertemu di pejabatnya yang sudah establish pada ketika itu. Pada tahun itu beliau berjaya menerbitkan album Datuk Shake.

"Kali pertama bertemu dan arwah mengajar saya tentang muzik," katanya.

Bersetuju dengan pendapat mengatakan Allahyarham seorang yang teliti, M Nasir mengakui sifat itu menjadikan Ahmad Nawab sebagai tokoh muzik yang disegani.

"Beliau tidak akan mencapainya seperti mana hari ini jika beliau tidak begitu. Memang benar arwah mentor kepada ramai orang.

"Walaupun kehidupan seorang artis atau komposer dalam dunia seni Melayu agak berbeza sedikit dari di Barat, tetapi ciri-ciri sebagai seorang seniman tetap ada dan arwah telah memenuhinya.

"Tidak ramai yang begitu. Beliau telah menghasilkan ramai nama-nama besar di persada seni tanah air selama berdekad.

"Tahun 70-an memang tahun beliau dan apabila masuk tahun 1980-an kumpulan rock mula wujud namun beliau masih ada di situ dan berjaya menghasilkan artis seperti Ramlah Ram.

"Itu adalah kejayaanya yang sangat unik dan tidak boleh ditiru orang lain," katanya.

Dalam pada itu, M Nasir sempat mengimbau kembali momen penerima Anugerah Seniman Negara ketujuh itu bersama peralatan muzik saksofon.

"Arwah ada pinjamkan saksofon dan peralatan muzik itu juga pernah dipinjamkan kepada P Ramlee sebelum ini,"katanya.

Untuk rekod, Allahyarham mencipta legasi dalam industri rakaman negara dengan lebih 2,000 lagu digubah sejak era 1950-an merupakan individu bertanggungjawab melahirkan ramai nama besar dunia seni suara.

Ahmad Nawab telah kembali ke rahmatullah di rumah di Taman Melewar, Gombak pada jam 3.15

Berita pemergiannya disahkan sendiri cucu beliau, Teh Suraya Nasir Khan yang mendedahkan arwah demam dua tiga hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.