Jalan-jalan cari menu pasta viral, ini 5 tempat best ramai rekomen lepak santai sampai malam

Iklan

PASTA antara menu simple yang ramai suka makan terutamanya buat si kecil kerana tak renyah dan senang nak order.

Barangkali disebabkan populariti sajian sedemikian, ramai pengusaha mengambil inisiatif memperkenalkan resipi tersendiri untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Iklan
Iklan

Lebih-lebih lagi, sudah banyak pop up gerai makan hipster yang menawarkan menu Barat dan dibuka pada sebelah malam untuk mereka yang sukakan kelainan.

Carian di TikTok mendapati, ramai yang rekomen lokasi baharu yang boleh dicuba untuk mereka yang sukakan pasta.

Iklan

Iklan

Seunik namanya, Kita & Pasta, sajian dalam box dipersembahkan kepada pelanggan dengan pelbagai menu enak.

Paling laku keras, kena pilih pasta dengan pilihan kuah buttermilk dan squid ink sebab lain daripada lain.

Kita & Pasta

  • Alamat: 52, Jalan Petri, Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah
  • Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam (Selasa tutup)
  • Menu signatur: Squid Ink Pasta, Creamy Tomyam Pasta, Lava Mac n’ Cheese dan Buttermilk Pasta Chicken Popcorn
  • Instagram: @kitadanpasta
  • TikTok: @kitadanpasta

Satu lagi destinasi makan-makan baharu yang boleh kalian cuba iaitu Pasta Port yang memiliki cawangan di Kedah dan Pulau Pinang.

Menariknya, semua menu diletakkan dalam box comel dan mudah dibawa pulang atau dimakan terus.

Muzik: Special Day oleh Material Gurl (Soundstripe)

Antara sajian paling laris seperti Creamy Buttermilk Spaghetti, Roasted Garlic Macaroni, Bolorana Pasta dan banyak lagi.

Pasta Port

  • Alamat: Cawangan Kedah dan Pulau Pinang
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
  • Menu signatur: Creamy Buttermilk Spaghetti, Roasted Garlic Macaroni dan Bolorana Pasta
  • Facebook: Pasta Port
  • Instagram: @pasta.port
  • TikTok: @pastaport

Kalau bercuti ke Johor, apa kata singgah Port Black Cafe yang dikatakan banyak menu Western menggiurkan untuk dicuba.

Spicy Creamy Tomyam Seafood Pasta antara menu yang paling ramai cadangkan, selain Creamy Salted Egg Buttermilk, Creamy Chicken Curry dan Mantou Bun.

Port Black

  • Alamat: 2, Jalan Padi Emas 4/3, Bandar Baru Uda, Johor
  • Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 10 malam (Ahad tutup)
  • Menu signatur: Spicy Creamy Tomyam Seafood Pasta, Creamy Salted Egg Buttermilk, Creamy Chicken Curry dan Mantou Bun
  • Facebook: Port Black Cafe
  • Instagram: @portblackcafe
  • TikTok: @portblackcafe

Kalau tak mahu pergi jauh, kalian boleh singgah Chef Luq Cafe yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur jer.

Dari gerai tepi jalan, kini sudah ada cafe untuk kalian lepak sambil menikmati hidangan signatur seperti Seafood Marinara, Scampi dan Tomato Crema Seafood.

Chef Luq Cafe

  • Alamat: 16G, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 12 malam
  • Menu signatur: Seafood Marinara, Scampi dan Tomato Crema Seafood
  • Facebook: Chef Luq Pasta & Pizza (Chef Luq Cafe)
  • Instagram: @chefluqcafe
  • TikTok: @chefluqcafe

Kafe baharu dibuka di Ipoh, Perak iaitu Konda Pasta! Kalian boleh lepak sambil menikmati kopi dan pasta di kawasan kafe yang cukup estetik.

Spicy Creamy Beef Strip, Smoked Duck Spaghetti dan Aglio Olio Seafood antara menu pasta yang boleh kalian cuba.

Konda Pasta

  • Alamat: 95, Jalan Yeoh Chai Lye, Taman Ipoh, Ipoh, Perak
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 11 malam (Selasa tutup)
  • Menu signatur: Spicy Creamy Beef Strip, Smoked Duck Spaghetti dan Aglio Olio Seafood
  • Facebook: Konda Kondi Cafe
  • TikTok: @kondapasta

Kalau perut sudah lapar tapi malas nak masak, sudah tentu kedai makan atau warung tepi jalan jadi pilihan alternatif, kan?

Alang-alang dah keluar, apa kata cari port yang best untuk lepak. Boleh juga jumpa kawan yang lama tak jumpa atau bonding time bersama keluarga.

Jadi, kalau tiada plan nak makan di mana, bolehlah pertimbangkan list yang SinarPlus senaraikan di atas.

Kalau kena dengan selera, tak mustahil kalian boleh jatuh cinta dengan air tangan mereka. Okey, selamat menjamu selera!