'Kami kerap mengaji berdua' Isteri beri aura positif sejak berniqab, Shukri Yahya semakin rajin baca al-Quran

Iklan

"SEJUJURNYA Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas berniqab."

Itu kata aktor Shukri Yahya yang mengakui perubahan positif isteri, Tya Adnan membawa suasana baharu dalam rumah tangga.

Iklan
Iklan

Shukri atau nama lengkapnya, Mohd. Shukri Yahaya, 36, berkata, perubahan Tya itu bukan hanya pada imej malah menggandakan amalan harian termasuk membaca al-Quran.

"Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas berniqab.

Iklan

"Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja, cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah.

Iklan

Hati suami mana yang tidak gembira dengan kebaikan yang dilakukan isteri, Shukri dalam satu temu ramah dengan portal berita tempatan bersyukur dan mendoakan isterinya itu terus istiqamah.

"Tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat.

"Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul,” ujarnya.

Baru-baru ini, Tya atau Siti Nurfatihah Adnan meraih perhatian ramai apabila tampil berniqab selepas yang baru pulang dari mengerjakan umrah Februari lalu.

Sekadar rekod, Shukri dan Tya, 32, berkahwin pada 20 November 2015.

Pasangan bahagia itu dikurniakan dua cahaya mata, Aaira Ameena, 8, dan Maleeq Miqayl, 4.

Sumber: Kosmo