BENCANA banjir mengancam nyawa dan menyebabkan kemusnahan harta benda. Ia adakala terjadi di luar jangkaan dan dalam tempoh yang singkat.
Tak salah untuk kita membuat persediaan awal menghadapinya termasuk cara menyelamatkan barangan dan dokumen penting.
Perkongsian warga maya tentang kegunaan kolam renang angin ini tular hingga menerima 2,600 tanda suka dan 300 share."Saya nak share pengalaman penyelamat masa banjir besar di Selangor tempoh hari.
"Kami guna kolam mandi kanak-kanak yang kecil tu untuk selamatkan barang-barang penting!
"Kami letak dokumen-dokumen penting dan barang elektrik kecil di dalam kolam itu kemudian tarik dengan mudah semasa air sudah naik.
"Selepas banjir surut, kolam itu pun masih berguna untuk anak-anak. Jadi, musim banjir ni, memang elok kalau standby satu kat rumah. Tak sangka benda kecil macam ni boleh jadi penyelamat," kongsinya.
Perkongsian menerusi laman Public Health Malaysia itu menerima pelbagai responds warga maya. Rata-rata berkongsi tip berguna semasa berlaku bencana banjir termasuk panduan keselamatan.
Artikel berkaitan:
- [VIDEO] Idea terbaik persiapan banjir, ramai tertarik video ‘bungkus’ kereta dengan plastik
- Renjatan elektrik kerap terjadi semasa banjir, lakukan 17 perkara ini
- 1 Rumah 1 Beg Kecemasan, siap siaga hadapi bencana alam, 11 item ini perlu ada
Ujar mereka:
"Wah bagus tip ni. Saya pernah tengok orang share dia 'bungkus' kereta dia sebelum air naik. Memang menjadi."
"Idea bernas."
"Serius menjadi. Dulu kalut air naik cepat sangat,campak je tilam single dalam dan letak benda penting. Apabila airsuru, saya tengok tilam tak terjejas apa pun."
"Saya gunakan kotak putih ais untuk selamatkan kucing semasa banjir besar 2014."
"Banyak manfaat barang-barang macam ni. Jangan anggap remeh ya."
"Jangan sekali-kali letak barang atas peti ais. Air naik cepat, jadi tutup pintu dan tingkap tutup dulu. Bimbang haiwan berbisa masuk."
Sumber: Public Health Malaysia