UNTUNGNYA anak-anak pasangan selebriti dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang menerima hadiah dua unit kondominium kepada dua orang anaknya.
Bertuah badan! Walaupun baru mencecah usia 11 tahun dan empat tahun, anak sulung serta ketiga pasangan itu, Soffya dan Fahri masing-masing sudah memiliki rumah sendiri sempena ulang tahun kelahiran yang disambut semalam.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 33, berkata keputusan membeli rumah jenis kondominium di Bangi, Selangor adalah sebagai aset dan kegunaan anak-anak pada masa hadapan.
"Kali ini bagi anak-anak rumah, itu untuk masa depan mereka.
Tambah Wawa, beliau dan Aeril menyediakan setiap anaknya sebuah rumah di samping menyimpan wang.
"Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah. Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan.
"Sedar tak sedar sudah banyak simpanan anak-anak, kita tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku.
Artikel berkaitan:
Miliki 23 adik-beradik, hidup susah, Wawa Zainal menitiskan air mata imbas jatuh bangun hidup
Lawanya! Belikan ibu bapa rumah, berjaya pujuk tinggal di Semenanjung, Wawa Zainal undang sebak warganet
Untuk rekod, Aeril atau sebenarnya Suhairil Sunari, 35, dan Wawa berkahwin pada tahun 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua pasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.