Terbaik! Ambil dahulu, bayar kemudian. Mydin support Khairul Aming dalam misi bantuan banjir

Iklan

SYARIKAT pemborong dan peruncit tempatan, Mydin memberi lampu hijau kepada pempengaruh, Khairul Aming untuk mendapatkan keperluan dalam misi bantuan banjir di Kelantan.

Memahami kesukaran mendapatkan bahan mentah, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin menerusi TikTok membenarkan Pengasas Sambal Nyet itu untuk mengambil barangan keperluan sebanyak mana yang diperlukan tanpa perlu melakukan sebarang bayaran segera.

Iklan
Iklan

"Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, RM20,000 atau RM100,000. Nanti selepas banjir awak bayarlah," kata Ameer dalam video yang kini tular di TikTok.

Dalam masa yang sama Datuk Ameer juga menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM5,000 kepada pasukan usahawan berkenaan untuk membeli barang bantuan.

Iklan

Khairul Aming atau mesra dengan panggilan KA dalam hantaran di sosial media berganding bahu bersama sukarelawan menyediakan keperluan termasuk makanan, minuman, lampin pakai buang serta lain-lain kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sekolah, madrasah dan individu terperangkap.

Iklan

Artikel penuh:

Beliau juga mewujudkan sistem Grab and Go yang efisien iaitu penyumbang menghantar ke pusat gerakan banjir di Wakaf Mek Zainab dan pemandu terus menghantarnya kepada mangsa banjir yang memerlukannya.

Anak kelahiran Kelantan itu juga mendedahkan, pihaknya tidak menerima sumbangan dalam bentuk wang kerana bimbang tidak dapat menguruskannya dengan baik.

Inisiatif Mydin itu membabitkan barangan keperluan kepada mangsa. Sokongan tersebut mengundang pujian ramai, membuktikan kekuatan solidariti rakyat Malaysia ketika menghadapi bencana.

Tidak kurang juga memuji tindakan pantas KA turun padang dan kecekapannya mengendalikan situasi dan krisis.

Terdahulu daerah Pasir Mas mencatat jumlah tertinggi mangsa banjir d diikuti Tumpat dengan 18,000 penduduk.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 85,548 penduduk melibatkan 26,799 keluarga masih ditempatkan di PPS.

Sumber: Khairulamingsfans_