Khairul Aming kongsi jatuh bangun, rupanya banyak kali gagal sebelum miliki 2 kilang. Jadi inspirasi wanita
KHAIRUL Aming, ikon anak muda yang menjadi inspirasi semua golongan termasuk kaum wanita. Sempena ulang tahun kelahiran ke-30, beliau berkongsi jatuh bangun dilaluinya sehingga bergelar usahawan sambal dan memiliki dua buah kilang.
Sebut sahaja tentang pempengaruh laman sosial, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, tentu ramai yang terbayangkan video masakan yang tular terutama ketika bulan Ramadan.
Baca juga: Inspirasi! Setahun jual sambal raih RM7.5 juta, Khairul Aming buka kilang di Kelantan
Menerusi video dikongsikan, anak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu mengimbas kembali jatuh bangun kehidupannya 10 tahun lalu.
“Hari ni genap aku berusia 30 tahun, dan saya compile video ni untuk dijadikan diari hidup dari umur 20 ke umur 30.
"Terima kasih kepada semua sebab memberi sokongan kepada insan bernama Khairul Aming ini.” titipnya.
Baca juga: Khairul Aming, MUA Bellaz sumbang puluhan ribu, hasil jualan produk pada tabung Palestin
Pada usia 20 tahun begelar pelajar di Vanderbilt University di Amerika Syarikat (US) setelah mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.
Selepas itu dan memenangi tempat pertama pertandingan video, Travel Video Contest di US.
Pada usia 21 tahun, beliau mengorak langkah membeli sebuah kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) pertama dengan wang yang dikumpulnya sendiri dan memperbaiki mutu videografi.
"Dari situ saya improve ilmu videografi dan menang tempat pertama untuk International Travel Video Contest dekat USA," tuturnya.
ANUGERAH DEKAN SETIAP SEMESTER
Tidak hanya meraih keputusan cemerlang, ketika belajar di luar negara Khairul Aming pernah menjadi Presiden Persatuan Pelajar Malaysia berpeluang bergaul dengan pelajar dari pelbagai negara.
Pada usia 22 tahun, Khairul Aming menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan pengkhususan major Kejuruteraan Mekanikal dan minor dalam Material and Science Engineering.
Menurutnya, bidang pengajian tersebut memberi ruang untuk mempelajari ilmu berkaitan perkilangan yang digunakan dalam perniagaannya kini.
Menamatkan pelajaran dengan keputusan 3.75 dan meraih anugerah khas, beliau yang mesra disapa Aming turut menerima Anugerah Dekan bagi setiap semester serta AT&T Innovation Award.
Beliau pulang ke tanah air dan memulakan kerjaya sebagai jurutera dalam bidang minyak dan galian (oil and gas) dan seterusnya beralih ke bidang logistik.
Baca juga: “Aku baling senduk baru tau” Khairul Aming bengang ramai scammer jual Sambal Nyet!
Dalam masa yang sama, beliau berjinak-jinak dengan pelbagai perniagaan untuk mencipta pendapatan sampingan.
"Pada usia 25 tahun, saya teringin menghasilkan side income. Saya jual healthy meal, gagal. Jual baju, gagal. Jual template resume, gagal.
"Saya rasa baik buat video memasak sahaja. Jadi saya set-up booth kecil untuk photoshoot guna besi almari baju aku dan kemudian muat naik video memasak ke saluran YouTube 'Rasapop'.
Baca juga:#SiBibirMerah: Trend tak sambung belajar pun raih pendapatan lumayan, wanita jangan terpedaya
"Waktu umur 26 tahun, saluran YouTube 'Rasapop' boom' sampai setengah juta pengikut jadi saya buat keputusan untuk jual produk sendiri. Hari-hart balik kerja menaiki LRT ke Kampung Baru untuk membeli botol dan lada, buat reseacrh and development (R&D) dan jual.
"Saya ingatkan berjaya rupanya tidak. Semua gagal. Semua saving hilang, page 'Rasapop' pun jatuh views, dan kena start balik daripada awal," kongsi beliau.
MUNCULNYA KHAIRULAMING
Daripada kegagalan berkenaan, beliau bangkit dan tampil menghasilkan video masakan menggunakan nama ‘Khairulaming'. Kali ini beliau tidak lagi berselindung di sebalik nama Rasapop dan muncul di dalam setiap video yang dikongsikan.
Strateginya itu membuahkan hasil apabila pengikut di laman Instagram bertambah daripada 1,000 sehingga mencecah tiga juta.
Baca juga: Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya
"Pada umur 28 tahun, hidup saya berubah sekali lagi . Saya ingat dengan kejayaan yang ada ini boleh mengubah hidup keluarga dan ayah.
"Tetapi umur beliau (ayah) tidak panjang. Kami berpisah di sini dan saya mengambil keputusan untuk keluar daripada bidang oil and gas," kongsinya.
Menggunakan platform media sosial dan sedikit wang simpanan, Khairul Aming mengorak langkah berani untuk mengubah nasib keluarga.
MAHU JUMPA RAMAI ORANG DAN ‘TRAVEL’
"Selepas mengharungi 10 tahun yang penuh cabaran, kerja keras, kegagalan, kejayaan, kenangan manis dan kenangan pahit, saya sangat bersyukur dengan pengalaman serta rezeki yang ada hari ini. Sebab saya bukan kongsi seorang tapi semua orang di sekeliling aku.
"Sekarang Sambal Nyet sudah ada dua kilang. Selain itu saya hendak jumpa anda semua yang support saya selama ni, mahu banyakkan meet up.
Baca juga: Jutawan ow profile miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah Kuala Lumpur
"Untuk reward diri sendiri, pada umur 30 tahun ni saya mahu perbanyakkan travel. Saya hendak explore dunia luar dan buat banyak content yang best.
"Terima kasih guys kerana menjadi sebahagian dari perjalanan dan saya berterima kasih kepada diri aku sebab tidak putus asa untuk mencapai impian," kongsinya.
'ZERO TO HERO', TIDAK PERNAH PUTUS ASA
Perkongsian Khairul Aming di TikTok meraih 886 ribu tontonan dan lebih 150,000 tanda suka kurang 24 jam ia dimuat naik.
Hantaran penuh inspirasi itu meraih perhatian warga maya termasuk kaum wanita. Rata-rata teruja dan mengaitkan latar belakang akademik dan pengalaman bekerja dengan kematangan beliau mengendalikan perniagaan. Ujar mereka:
-“Orang bijak, tidak hairanlah beliau sangat cool cara dalam mengendali masalah dalam bisnes. 22 sudah memiliki ijazah, Anugerah Dekan pula. Saya 22 tahun dahulu masih mencari hala tuju.”
-“Semua orang berjaya start from zero to hero.”
-“Ramai orang bijak, tapi tidak ramai yang rajin dan berani. Tahniah Khairul Aming, memberikan inspirasi kepada anak muda.”
-“Zero to hero dan tidak pernah putus asa. Happy birthday idola, teruskan bantu orang ramai dan semoga terus berjaya. Video birthday sahaja tetapi buat saya sebak dan inspirasi.”
-"Siapa yang kata Khairul Aming senang buat jualan, anda salah. Jalannya pun tidak mudah seperti yang ramai fikirkan. Try error hingga berjaya. Khairul jenamakan diri bersungguh-sungguh supaya orang kenal. Tahniah anak muda.”
Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech
Sumber: TikTok dan Instagram Khairul Aming
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang