Amyra Rosli keguguran, dedah alami chemical pregnancy. 'Tak ada rezeki, awak singgah sekejap lepas tu pergi...'

Iklan

TAKZIAH buat pelakon dan pengacara Amyra Rosli mendedahkan dirinya kehilangan bayi dalam kandungan.

Amyra berkongsi berita duka itu menerusi Instagram. Berkongsi foto bersama pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Seri Suniza Sufian dan suami Amar Baharin, Amyra meluahkan perasaan kehilangan namun reda.

Iklan
Iklan

Beliau juga memaklumkan kehamilan berkenaan adalah kehamilan kimia atau chemical pregnancy kerana ia hilang tanpa disedari. Malah alat penguji menunjukkan keputusan positif sebelum bertukar negatif.

Iklan

"Awak singgah sekejap sahaja dalam perut mommy lepas tu awak pergi. Comel lah awak ni.

Iklan

"Jumpa Dr Seri automatik terus sihat. Aura positf sangat dahsyat. Thanks so much my sister. #chemicalpregnancy #miscarriage," kongsinya.

Amar dilihat turut meninggalkan kata-kata semangat buat isterinya yang tercinta.

Amyra dan Amar sebelum ini sudah pun memiliki sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7, dan Aura Aryssa, 4.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016

Sekadar info, majoriti masalah keguguran berlaku secara spontan dan rawak. Dianggarkan satu dalam lima wanita hamil akan mengalami keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku tanpa disedari.

Misalnya, haid datang lewat dan tiba-tiba seketul darah keluar (tanpa janin). Wanita itu kemudiannya didatangi haid seperti biasa. Ini dinamakan chemical miscarriage.

Kebanyakan keguguran berlaku dalam trimester pertama di mana usia janin kurang daripada 14 minggu. Sebab-sebab keguguran berlaku juga tidak diketahui.

Namun, kajian menunjukkan kebanyakan keguguran di trimester pertama adalah disebabkan masalah genetik janin tersebut.

Sumber: Instagram