'Awal tahun aku sedih sebab gugur...,'Ain Edruce umum hamil anak kedua

Iklan

TAHNIAH diucapkan kepada selebriti Ain Edruce yang bakal menimang cahaya mata kedua.

Iklan
Iklan

Ain, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas anugerah zuriat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada dirinya dan keluarga.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Ain dengan berkongsikan beberapa foto pada majlis gender reveal di Instagramnya.

Iklan

Namun, perjalanan pengacara dan pelakon berbakat itu bukanlah mudah apabila awal tahun lalu beliau terpaksa melalui episod duka dengan kehilangan zuriat akibat keguguran.

Walaupun kejadian itu meninggalkan kesan dan kesedihan berpanjangan, Ain percaya perancangan ALLAH sentiasa lebih indah.

Iklan

"Alhamdullillah untuk rezeki ini. Awal tahun hari itu aku sedih sangat waktu raya sebab gugur. Tak pernah aku rasa sedih macam itu dalam hidup aku.

"Dan Alhamdullillah ALLAH bagi lagi rezeki untuk kami sekeluarga. Doakan anak Ain sihat, okay.," ujarnya lagi.

Ain yang kini berusia 32 tahun turut memberi bayangan anak keduanya adalah lelaki apabila suaminya dikatakan tidak sabar untuk menunggu kelahiran bayi itu.

"Yang penting Amirul bukan main gembira masa gender reveal, kenapa, ya?

Berita gembira itu pastinya disambut baik oleh para peminat dan rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraan Ain dan bayi dalam kandungannya.

Sekadar makluman, Ain mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang merupakan seorang usahawan, Amirul Mustaffa pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia tiga tahun.