'Saya tidak mahu lakukan ini, tetapi terpaksa.' Foto mata lebam undang kebimbangan, Zahnita dakwa orang ketiga jadi punca

Iklan

TENTU ramai masih mengingati peragawati era 2000-an ini, Zahnita Wilson. Sibuk menguruskan perniagaan pai dari rumah, hantaran terbaharu wanita kacukan Melayu-New Zealand itu mengundang kebimbangan warganet.

Gambar mengalami lebam pada bahagian mata yang dimuat naik pagi tadi meraih perhatian warganet. Apa sebenarnya yang berlaku dengan pemilik nama Zahnita Dorothy Hussein Wilson itu?

Iklan
Iklan

"Saya tidak mahu melakukan ini tetapi saya juga terpaksa. Inilah sebabnya saya meninggalkan rumah lama saya.

"Dan mengapa saya kadang-kadang memakai cermin mata hitam," coret Zahnita yang baharu sahaja berpindah rumah ke rumah baharu.

Iklan

Menerusi portal berita tempatan, bekas model berkenaan mendedahkan detik pahit itu terjadi selepas beliau mengajukan soalan mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Iklan

"Punca saya dipukul adalah sebab bertanya suami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,” katanya.

Memetik portal berkenaan, Zahnita yang kini berada di Kuantan, Pahang menunggu peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan kes tersebut.

Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.

Dia turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula bergolak sejak penghujung tahun 2011.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.

Zahnita dan Abdul Zackery berkahwin pada 2005. Hasil perkongsian hidup, mekreka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.

Sumber: Kosmo