TAKZIAH buat pelakon Zarina Zainuddin yang baru sahaja kehilangan ibunya, Zahura Abdul Mutalib pagi tadi.
Berkongsi berita duka itu di Instagram, Zarina memaklumkan jenazah bondanya akan dikebumikan di Ipoh, Perak.
Lebih memilukan, bintang berusia 53 tahun itu sempat berhubung dengan ibunya pada saat akhir.
"Mak saya Zahura binti Abdul Mutalib baru saja meninggal dunia selepas Subuh pagi ini.
"Tolong doakan mak saya semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.
"Last saya bermesej dengan emak pada malam tadi, waktu saya balik daripada penggambaran iaitu jam 2.30 pagi. Al- Fatihah," kongsi Zarina.
Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata itu turut mendedahkan hubungan beliau dan arwah baharu sahaja pulih.
"Lama juga saya tak bercakap dengan mak saya gara-gara kecil hati dengannya. Baru-baru ini sewaktu saya tidur, saya terdengar suara suami saya bercakap.
"Saya ingat saya mimpi tapi bila saya pusing tengok dia tengah bercakap dengan saya. Beliau saya kata jangan keraskan hati dengan mak, macam mana sekalipun itu mak Ina. Abang sudah tiada emak.
Tabah menerima kehilangan ibu, Zarina juga bersyukur sempat bertemu Zahura buat kali terakhr, menikmati masakan air tangannya.
"Saya cakap jomlah pegi KL, mak cakap dia tak mahu sebab papa pun tidak berapa sihat. Senang mak saya pergi.
"Ya ALLAH ampunkan dosa-dosa mak, rahmatilah dia, tempatkan dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kali terakhir mak mesej saya mlm tadi masa saya balik shooting," katanya.
Warganet dan rakan selebriti menitipkan ucapan takziah buat Zarina dan mendoakan agar beliau dan keluarga tabah menerima pemergian ibu tersayang. Al-Fatihah.
Sumber: Instagram