Lan Zailan hidap kanser pankreas tahap 4. 'Jangka hayat hanya 3 bulan, sudah merebak ke hati & paru-paru...'

Iklan

BIASA menyaksikan aksinya di kaca televisyen, sayunya penulis apabila mendapat tahu pelakon veteran Lan Zailan kini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat.

Mula terjun ke dunia lakonan menerusi drama Santan Berlada 34 tahun lalu, nasib Lan dikongsikan isterinya, Ruby Sara Omar, 51, menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.

Malah sel barah yang dihidapi pelakon filem Suami, Isteri dan.....? itu juga sudah merebak ke bahagian organ penting lain.

Rakan-rakan tidak lupa menziarahi Lan dan memberikan kata-kata semangat.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Lan atau nama penuhnya Zailan Kamaruddin, 66, kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semenjak seminggu lalu bagi menjalani pemeriksaan.

"Setakat ini dia masih di rawat di PPUM, dia dalam keadaan stabil dan dalam pemantauan doktor,” ujarnya.

Lan (kiri) di samping pelakon Shamsul Ghau Ghau.


Dalam masa sama, Ruby turut meminta semua sahabat handai terus memberikan sokongan buat suaminya.

"Mohon sahabat terus bagi semangat kepada Lan. Jika ada salah silap mohon maafkan beliau,” katanya lagi.

Terdahulu, Lan dimasukkan ke PPUM akibat batuk berpanjangan selepas keadaannya tidak berubah walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik sejak Oktober lalu.

Sumber: Instagram, Sinar Harian