APABILA tahun berlalu, tiada yang lebih indah daripada berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang, menikmati hidangan yang menyelerakan dan merasai kemeriahan perayaan.
Sempena cuti hujung tahun ini, jom berkumpul beramai-ramai sambil menikmati bufet yang enak dengan pelbagai jenis makanan pun menarik tau!
Pada hujung tahun ini, Le Méridien Kuala Lumpur membuka pintu kepada anda untuk merasai keajaiban Krismas dan Tahun Baharu melalui Festive Buffet yang mewah. Inilah kesempatan terbaik untuk mencipta kenangan manis bersama tersayang.
Terletak di Latest Recipe, bufet perayaan itu menawarkan pelbagai pilihan hidangan yang pasti memuaskan selera. Setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang oleh Chef Eksekutif Antoine dan pasukannya yang berbakat.
Atmosfera yang meriah dan penuh dengan semangat perayaan, pastinya menjanjikan kenangan manis yang akan dikenang sepanjang tahun.
Untuk penggemar daging, anda boleh ke bahagian Carving Station yang menghidangkan menu seperti Baked Chicken Berbera, Roasted Mediterranean Style Ribs and Ribeye, Oven Roasted Lamb and Baked Garlic-Parsley Seabass. Setiap potongan daging disediakan dengan sempurna, memenuhi cita rasa setiap pengunjung.
Bagi pencinta makanan laut pula, Seafood Bar adalah syurga yang tidak boleh dilepaskan. Nikmati kepuasan dengan ketam, kupang, scallops, dan udang segar yang pasti akan memuaskan selera. Selain itu, di bahagian On Tray, hidangan seperti salmon salai,itik & ayam salai, serta pilihan makanan laut segar turut menggamit perhatian.
Bagi yang mendambakan keunikan masakan Jepun, Teppanyaki yang dimasak secara langsung akan memukau deria rasa anda. Pilihan daging lembu, ayam, udang, scallops, sayuran, dan ikan dimasak di depan mata, memastikan rasa yang tiada tandingan. Sushi, sashimi, temaki rolls, serta udon dengan kuah Miso atau Soya turut tersedia untuk dinikmati.
Sementara mereka yang ingin merasai hidangan ala Barat, bufet ini menawarkan pelbagai pilihan seperti Oven-Baked Stuffed crab shell, mackerel goreng, dan pelbagai jenis pasta termasuk carbonara, pesto, pomodoro, aglio e olio dan bolognese.
Pencinta masakan Cina dan India juga tidak akan kecewa, dengan hidangan istimewa seperti Ketam Cili Pulau Pinang, Itik Teo Chew, lamb tandoori dan Hyderabad Murgh Briyani yang pasti menggembirakan hati.
Buat pencinta keju, terdapat pelbagai jenis keju import bersama makanan sampingan yang lain di Fine Cheese Platter.
Tidak lengkap rasanya tanpa hidangan yang manis kan, turut disajikan pelbagai jenis pemanis mulut pelbagai rasa seperti cranberry baked cheesecake, cinnamon. Churros with chocolate sauce, Christmas Forest Raspberry Chocolate Cake dan the classic panettone.
Buat si kecil, kemeriahan Krismas tidak lengkap tanpa chocolate fountain with fresh berries, grapes and marshmallows, soft serve ice cream dan yoghurt kegemaran yang pastinya membuatkan mereka teruja.
Bagi mereka yang tak sabar nak menikmati hidangan lazat ini, boleh mula rancang tarikh sesuai.
Tempah tempat anda hari ini dan rasai keindahan Krismas dan Tahun Baharu yang penuh dengan hidangan lazat dan kemeriahan yang tiada tandingan. Pastikan detik-detik indah ini menjadi kenangan yang kekal sepanjang hayat.