Zaim dan Ismanira lantik peguam bela baharu. Respresentasi ditolak, kekal dituduh abai Zayn Rayyan

Iklan

KES pembunuhan anak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu menjadi sebutan ramai.

Ditemui maut berhampiran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember 2023, hari ini genap setahun kematiannya.

Iklan
Iklan

Pagi ini Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menolak representasi ibu bapanya, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang memohon menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.

Keputusan itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh pagi ini.

Iklan

Beliau berkata, permohonan itu atas alasan pihaknya belum menerima cakera padat (CD) analisis forensik telefon bimbit tertuduh dan laporan forensik ke atas jasad mangsa.

Artikel berkaitan:

Mahkamah menetapkan tarikh baharu perbicaraan pada 10 hingga 14 Mac 2025 menggantikan 20 hingga 24 Januari yang ditetapkan sebelum ini.

Iklan

Manakala tarikh 3 hingga 7 Februari dan 17 hingga 21 Februari 2025 yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan.

Pasangan itu turut diwakili peguam Ramzani Idris.

Sebelum ini, peguam bela terdahulu Fahmi Abd Moin yang mewakili kedua-dua mereka memaklumkan, representasi itu dihantar pada 19 November lalu bagi memohon AGC mempertimbangkan bagi menarik balik atau menggugurkan pertuduhan terhadap kedua-dua anak guamnya itu.

Pada 13 Jun, kedua-dua mereka masing-masing berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Mahkamah turut menetapkan 10 Januari 2025 sebagai tarikh sebutan semula.

Sumber: Buletin TV3