#justiceforzaynrayyan! Hilang 32 jam sebelum ditemukan dibunuh, hanya seorang pelaku. Ini kronologi kes Zayn Rayyan

No Image Caption
A
A
A

ZAYN Rayyan Abdul Matiin, kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu menjadi sebutan ramai. Ramai mahu keadilan buatnya hingga timbul hashtag #justiceforzaynrayyan di laman sosial.

SinarPlus imbas kembali kronologi kes kanak-kanak istimewa itu:

5 Disember 2023

Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas bermain di taman permainan berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Keluarga memuat naik status kehilangannya di media sosial sebelum membuat laporan polis.

Kali terakhir kanak-kanak itu dilihat memasuki belukar bersebelahan blok kediamannya.

No Image Caption

6 Disember 2023

Polis Daerah Petaling Jaya dan persatuan penduduk kediaman berkenaan melakukan operasi pencarian dari rumah ke rumah serta mengawal laluan keluar masuk di blok kediaman bermula 8 malam.

Jasad Zayn Rayyan ditemui di aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya kira-kira pukul 10 malam. Polls berkata lokasi penemuan mayat itu merupakan kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) hari sebelumnya.

Baca juga: 'Anak saya tidak boleh bercakap, hubungi jika nampak'. Lengkap uniform sekolah, kanak-kanak autisme 6 tahun hilang

7 Disember 2023

Polis mengklasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan kanak-kanak itu.

Jenazah Zayn dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain memaklumkan Zayn tidak meninggal dunia di tempat kejadian sebaliknya di tempat lain. Malah anak kecil itu juga dipercayai maut 48 jam sebelum ditemui.

Si kecil itu dikatakan bergelut dengan pembunuhnya dan dipercayai dicekik.

Hussein Omar Khan mengesahkan menubuhkan ‘task force’ khas untuk memberi tumpuan dalam membantu siasatan kes berkenaan.

No Image Caption

8 Disember 2023 - Polis melakukan tapisan individu yang mempunyai jenayah lampau di sekitar daerah berkenaan. Polis sahkan tiada kesan kecederaan lama menjurus penderaan dikesan pada jasad kanak-kanak berkenaan.

10 Disember 2023 - Seramai 228 individu diambil ujian DNA bagi membantu siasatan yang melibatkan pemeriksaan 2,484 unit rumah dan premis perniagaan.

13 Disember 2023 - Polis menemui sehelai stokin dalam takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan dijumpai selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor menyedut keluar air di aliran anak sungai berkenan.

Baca juga: Mayat Zayn Rayyan diletak ketika hujan lebat, disyaki hanya seorang pelaku, petunjuk suspek semakin jelas

14 Disember 2023 - Stoking yang dijumpai dalam air bertakung sekitar anak sungai berhampiran lokasi disahkan bukan kepunyaan Zayn Rayyan.

No Image Caption

23 Disember 2023 - Polis meminta bantuan Polls Antarabangsa (Interpol) dalam pencarian bukti kes Zayn Rayyan.

6 Februari 2024 - Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor Datuk Seri A. Thaiveegan menawarkan ganjaran RM20,000 kepada individu yang membantu penahanan suspek.

23 Februari 2024 - Dilaporkan tiada pihak yang tampil memberi maklumat berhubung kes Zayn Rayyan walaupun ganjaran RM20,000 ditawarkan kepada individu yang membantu penahanan suspek.

8 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu.

31 Mei 2024 - Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di sekitar Puncak Alam oleh Polis Selangor bagi membantu siasatan polis.

1 Jun 2024 - Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan reman pasangan berusia 29 tahun itu selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Telefon bimbit mereka juga dirampas untuk siasatan lanjut.

3 Jun 2024- Polis mengambil keterangan tiga individu termasuk bekas pengasuh kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan.

Stor yang terletak kira-kira 50 meter dari blok kediaman keluarga Zayn Rayyan turut disiasat polis
Stor yang terletak kira-kira 50 meter dari blok kediaman keluarga Zayn Rayyan turut disiasat polis

7 Jun 2024 - Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan tempoh reman pasangan suami isteri berusia 29 tahun dilanjutkan selama enam hari lagi sehingga 13 Jun.

10 Jun 2024 - Polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman Damasara Damai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn Rayyan sehingga kepada penemuan mayatnya.

Baca juga: Voice note ibu Zayn Rayyan tular, kongsi momen terakhir sebelum hilang. '10 minit bermain enggan pulang, pusing belakang dia tak ada'

Baca juga: Dia 'pergi' dengan baju kesukaannya.' Terima kunjungan Ebit Lew, Ibu Zayn Rayyan mahu pembunuh ditemui & dihukum

Baca juga: 'Dia tak pernah kacau orang'. Pengasuh pilu Zayn Rayyan sudah tiada, berikut kronologi 32 jam meruntun hati

Baca juga:

12 Jun 2024 - Ibu Rayyan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berhubung siasatan kes. Polis kemudiannya menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan bagi membantu siasatan pada pukul 2.30 petang.

13 Jun 2024 - Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lepas.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh. Kedua- dua mereka minta dibicarakan.

Sama-sama kita doakan pembunuh Zayn dihukum!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang