Jangkitan kuman dalam darah, aktor Johan Abdullah meninggal dunia pada usia 75 tahun

Iklan
Kredit foto: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

AKTOR yang menghiasi filem dan drama sebagai lelaki Inggeris, Johan Abdullah kembali ke rahmatullah di Hospital Tuanku Jaafar, Seramban pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut Isterinya, Sarepah Meriam Aboo, 51, pelakon kelahiran New Zealand itu disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.

"Pada jam 12 tengah hari tadi, dia masih boleh duduk lagi, tapi tiba-tiba jam 3 petang itu nafasnya mula tercungap-cungap," katanya.

Iklan

Ujar Sarepah, Allahyarham kemudiannya telah dibawa ke hospital selepas jirannya menghubungi ambulans.

Selepas tempoh 40 minit dirawat di zon kecemasan, Johan diberi bantuan pernafasan dan doktor memaklumkan pelakon veteran itu mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham bersama isteri dan dua anaknya yang kini berusia lapan dan 13 tahun. (Kredit foto: Berita Harian)

Iklan

"Sepatutnya Rabu depan arwah ada rawatan susulan berkenaan radang usus, tapi nampaknya tak sempat.

"Arwah ini ada pelbagai penyakit iaitu penyakit angin ahmar, Parkinson, jantung, keradangan usus dan otak mengecut,"katanya.

Bagaimanapun kata Sarepah Meriam, beliau tidak menyangka Johan akan pergi secepat itu.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale, Seramban pada jam 11.30 pagi pada Ahad.

Johan yang terkenal sebagai watak Mr Howell dalam filem Fenomena arahan Aziz M Osman turut membintangi Ops Belantara, Leftenan Adnan, Gerak Khas The Movie dan Sembilu 2005.

#zahnitawilson #keganasanrumahtangga #sinarplus #lifestylesinarharian

Muzik: Memory Box by Cody Martin (SoundStripe)

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news" />