'Because I am where my dad wants me to be.' Zahnita enggan kembali ke Kuala Lumpur, akan bukukan kisah hidup

Iklan
Kredit foto: Malaysia Gazette, Instagram Zahnita

BEKAS model terkenal dan pelakon Zahnita mahu memulakan hidup baharu selepas episod keganasan rumah tangga yang dilaluinya.

Iklan
Iklan

Terbelenggu dalam perkahwinan toksik, wanita kacukan Malaysia-New Zealand itu bagaimanapun tidak mahu kembali ke bandar daya Kuala Lumpur.

Tidak menjelaskan punca kenyataan itu, ibu kepada empat cahaya mata itu yang sudah mempunyai rumah kini menetap di Kuantan, Pahang bersama anak-anak serta perniagaan yang diusahakan juga dilakukan dari kediamannya.

Iklan

"Saya tidak akan balik ke Kuala Lumpur.

"Rumah saya di sini,” tulisnya di Insta Story.

Iklan

Dalam pada, Zahnita juga menzahirkan hasrat menulis buku dan menceritakan segala yang dialami selama ini agar kisah benar itu menjadi menjadi pengajaran.

Pelakon Kuliah Cinta itu menegaskan bahawa, beliau bukanlah seperti apa yang difikirkan dan kebenaran akan membebaskannya daripada apa yang membelenggu.

"I will write a book about everything A to Z. I know about everything. I am not what you think I am and the truth will set you free," kongsinya.

Perkongsian Zahnita itu adalah susulan pendedahan berani dilakukannya tempoh hari berkenaan selepas 20 tahun melayari kehidupan berumah tangga yang penuh onak dan duri.

Beliau yang memilih untuk tidak lagi berada dalam industri seni sedang giat mengembangkan perniagaan makanan hasil air tangan sendiri buat menampung kehidupan.

Malah perniagaan pai yang diusahakan pemilik nama Zahnita Dorothy Hussein Wilson itu juga yang semakin maju dan menerima tempahan tempahan dari seluruh Malaysia menerusi ejen.

Baru-baru ini beliau ditawarkan dengan bayaran lumayan dari sebuah jenama tekstil, namun Zahnita berkata, pentas peragaan bukan lagi menjadi keutamaannya.

"Saya minta maaf dengan rendah diri saya terpaksa menolak. RM150,000 memang banyak tapi modeling bukan dunia saya lagi,"ujarnya.

Zahnita terdahulu mendedahkan menjadi mangsa kekerasan fizikal dan mental oleh suami sendiri sehingga pernah mengalami slipped disc.

Kredit foto: Malaysia Gazette

Suaminya juga telah ditahan reman susulan laporan polis yang dibuat berkenaan kekasaran dalam rumah tangga yang dilakukan terhadap Zahnita dan juga didakwa atas pertuduhan berkaitan narkotik selepas hasil ujian saringan air kencing mendapati dirinya positif dadah.

Wanita tabah berkenaan kini menerima hak interim selama 30 hari terhadap tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia antara 4 hingga 18 tahun.

Sumber: Instagram