MANISNYA penampilan anak anak pelakon veteran Normah Damanhuri, usahawan Rose Azlin Rosli yang mesra dengan panggilan Kak Nona nekad untuk berhijrah sekembalinya dari menunaikan umrah di Tanah Suci.
Benarlah kata orang, perubahan yang baik selepas pulang umrah atau haji tanda ibadah yang mabrur. Sejuk hati penulis melihat penampilan Kak Nona di sosial media baru-baru ini.
Menerusi temu ramah dengan media, Kak Nona menjelaskan segalanya bermula dengan niat.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
"Apabila sudah berniat untuk mengerjakan umrah, saya perbanyakkan berdoa supaya perjalanan ke sana dan ibadah dipermudah.
"Saya fokus yang itu sahaja dan ketika itu saya belum (terfikir) untuk berhijrah. Tidak tahu lagi," tuturnya.
Kak Nona juga menceritakan langkah pertama yang tidak mudah namun beliau kental melakukannya tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.
"Pejam mata (melakukannya) dan fikir sampai bila hendak pakai begitu. Saya tidak mahu memakainya baju berlengan pendek dan sebagainya ketika itu. Saya asingkan dan buat jualan preloved," katanya.
14 hari di Tanah Suci, ibu kepada tiga cahaya mata itu mula merasai kemanisan menutup aurat dan beribadah.
Malah pengalaman itu membulatkan tekad untuk terus berhijab penuh sekembalinya ke Malaysia dan berharap terus beristiqamah.
"Ketika di Makkah, saya tiada rasa atau niat selepas balik akan berhijab. Cuma, terus-teranglah saya kata pada diri selepas pulang saya hendak berselendang kerana masih mahu bercantik-cantik dan berhias.
"Orang juga perlu faham latar belakang kami dari dunia hiburan. Saya tidak mahu berhijrah separuh jalan dan kalau hendak buat biar bersungguh-sungguh.
"Apabila di sana selama dua minggu elok sahaja menutup aurat dan tidak tinggal solat. Kenapa balik tidak boleh teruskan perkara itu sedangkan ALLAH sudah beri apa yang saya minta?
"Saya tidak mahu apa pun di dunia ini, ALLAH sudah berikan semuanya. Insya-ALLAH perlahan-lahan (berubah ke arah kebaikan)," katanya.
Sementara itu, Normah Damanhuri, 70, menzahirkan rasa syukur menyaksikan penghijrahan anak keduanya.
"Sebagai seorang ibu, saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan ALLAH. Saya pun tidak menyangka sepulangnya dari Tanah Suci, dia terus bertudung.
"Pada mulanya saya risau jika ia sekejap sahaja. Rupanya sebelum pergi umrah dia sudah memesan banyak tudung dan bungkusan itu sampai ketika saya berada di rumahnya.
"Alhamdulillah Saya sangat bersyukur," katanya.
Melihat perubahan yang baik, sebagai ibu, pelakon Perempuan, Isteri & .....? dan Jogho itu mahu anak perempuannya itu terus beristiqamah.
"Saya harap anak-anak mama yang lain perlahan-lahan akan berubah," katanya.
Semoga perubahan positif Kak Nona menjadi inspirasi kepada wanita orang lain untuk terus memperbaiki diri ke arah kebaikan.
Sumber: Nona