BEKAS peragawati dan pelakon Zahnita Wilson bersedia memulakan hidup baharu. Selepas pendedahan berani tentang penderitaan dalam perkahwinan yang penuh kekerasan.
Ibu kepada empat cahaya mata itu berasa lega menyambut kepulangan dua anak perempuannya biarpun interim hadanah diterima sejak 6 Disember lalu.
"Akhirnya saya mendapat kembali dua anak perempuan saya. Just ready to start new life," katanya.
Ujarnya proses tersebut mengambil masa kerana memberikan ruang kepada suaminya yang menjaga dan membawa anak-anaknya sekolah. Namun selepas sekolah mula bercuti, Zahnita menggunakan Perintah Perlindungan Interim (IPO) yang diperolehi Isnin lalu untuk membawa mereka pulang.
Berkaitan IPO dan pengiring untuk menjemput anak-anaknya pulang, Zahnita mendedahkan beliau diminta membuat ujian air kencing.
"Saya tidak pasti mengapa mereka meminta saya membuat ujian air kencing. Tapi tak mengapa, saya berikan kerjsama.
"Sudah tentu keputusannya negatif,"
Walaupun bersyukur kedua-dua anak perempuan itu kembali ke pangkuan, Zahnita berkata proses berkenaan tidak mudah kerana terdapat halangan daripada pihak suaminya.
"Kami akan kembali ke mahkamah pada 3 Januari depan untuk menentukan penjagaan anak," katanya.
CABARAN TENTANG HAK PENJAGAAN
Mengakui perjalanan untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anaknya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana proses undang-undang memakan masa.
"Dulu, saya berpisah dengan anak hampir empat bulan, kali ini dua minggu (tidak tinggal sebumbung) dengan tiga anak.
"Saya tahu, untuk dapat anak-anak kena sabar kerana keadaan tidak berlaku sekelip mata.
"Tapi, kini saya lega hak jagaan sementara mereka berpihak kepada saya," katanya," katanya.
Zahnita juga mendedahkan, perintah mahkamah itu diserahkan kepada suaminya pada petang Rabu, namun, proses mengambil tiga anaknya, Zahrafeena,17, Zasharayna,12, Zahlia, 7, menghadapi cabaran apabila suaminya enggan memberi kerjasama.
"Seorang lagi anak, Zayden, 4, memang sudah berada dengan saya sejak saya berpindah dari kelamin (suami) ke rumah baharu.
"Jadi, proses untuk mengambil lagi tiga anak dan alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan bantuan pihak polis yang mengiringi saya kediaman suami," luahnya.
Menurut Zahnita, mahkamah turut memberikan hak kepada suaminya untuk bertemu anak-anak pada hujung minggu selama dua jam, dua kali sebulan dengan pengawasan.
Isnin lalu, Hakim Borhan Hussin memutuskan hak hadanah interim kepada Zahnita selama 30 hari terhadap tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia antara empat hingga 18 tahun.
Suaminya, Abdul Zackery dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam dan menghadapi dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dan menggunakan dadah.
Zahnita yang berkahwin pada 2005 mempunyai empat anak iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia, dan Zayden.
Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 2013, namun menarik semula permohonan tersebut pada 2015.
Sumber: Sinar Harian