Anas Zahrin sahabat baik Che Ta, tampil bantu bayar hutang kontraktor RM7,000

Iklan

SAHABAT baik sukar dicari, muncul pada saat kesusahan. Bertuahnya Rozita Che Wan atau Che Ta kerana memiliki rakan sebaik Anas Zahrin yang baik hati menyelesaikan hutang beliau dengan kontraktor pemasangan rumput tiruan, BaNi Rahman.

BaNi yang terdahulu menularkan hantaran berkenaan keengganan Che Ta membayar hutang perkhidmatannya sebagai pemasang rumput tiruan di kediaman pelakon itu pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

Jelasnya di Facebook, keputusan memadam hantaran berkenaan dibuat berikutan hutang itu sudah dibayar oleh seorang sahabat baik Che Ta juga usahawan, Anas Zahrin.

Iklan

"Syukur Alhamdulillah dia dah tolong selesaikan bayaran sebanyak RM7,000 kepada saya. Allahu betul tak sangka. Ini betul sahabat dunia akhirat. Tak pernah lagi jumpa sahabat macam ini. Bukan senang nak dapat sahabat baik macam ini.

"Sudi tolong Rozita waktu dia tengah susah. Diam-diam pula tu tanpa pengetahuan Rozita. Terima kasih banyak tuan Anas Zahrin sudi selesaikan bayaran ini. Moga tuan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki," tulisnya.

Iklan

Menurut BaNi lagi, bayaran itu akan digunakannya untuk mengerjakan umrah ke selepas ini.

"Memang dari dulu lagi teringin sangat nak pergi umrah. Moga ALLAH SWT jemput saya ke sana," katanya kini sedang mengenal pasti agensi umrah yang sesuai untuk melaksanakan impiannya itu.

Terdahulu, ahli perniagaan itu mendakwa syarikatnya BANI Grass diupah oleh untuk memasang rumput tiruan di kediaman Che Ta.

Menurutnya, sehingga ke peringkat akhir pemasangan rumput berkenaan, selebriti itu didakwa memanggil syarikat lain untuk memasang rumput berkenaan dengan alasan ia adalah tajaan syarikat terbabit.

BaNi Rahman mendakwa cuba mendapatkan upah kerjanya selama seminggu berulang alik dari Melaka dan kos barang yang sudah digunakan namun tidak berjaya.

Sementara itu Anas menerusi Insta Story meluahkan tentang dugaan individu lain juga ujian buat dirinya.

"Apabila Tuhan hadirkan dugaan dekat orang lain, tapi itu juga dugaan buat kita.

"Jaga lisan, jaga pertuturan dan penulisan. Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada segala macam dugaan, bencana dan iri hati manusia.

"Ya RABB, mewahkan rezeki kita semua dunia akhirat, aamiin," titipnya.

Sumber: Facebook, Instagram