'I am proud of my son.' Noor Kumalasari syukur anak tamat pengajian, saksi kerja keras tak tidur malam buat tugasan

Iklan

TAHNIAH diucapkan primadona perfileman Malaysia, Noor Kumalasari yang meraikan kejayaan anak bongsunya menamatkan pengajian dalam Majlis Konvokesyen ke-24 MSU baru-baru ini.

Kehadiran Noor Kumalasari dan suami, Wan Mohammad Yusof menjadi perhatian apabila meraikan Wan Irfan Nurul Atiq meraih Bachelor in Graphic Design (Hons) Faculty of Information Sciences and Engineering (FISE).

Iklan
Iklan

Pelakon Wanita Terbaik (Drama TV), Anugerah Seri Angkasa pada 1984 dan 1991 itu berbangga dengan kejayaan permata hatinya.

'Definitely I am proud of my son, he work so hard di rumah. Kadang-kala sampai tidak tidur. Saya jenguk pukul 4 pagi pun masih working.

Iklan

"Dia komited dan dedikasi kepada tugasannya. Saya sangat bangga dengannya hari ini dengan pencapaiannya yang diraih," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Wan Irfan pula menzahirkan pengajiannya di MSU memberi satu pengalaman yang sangat berharga.

"Lakukan apa yang anda fikirkan dan berhenti daripada sikap terlalu berfikir (overthinking).

"Kalau boleh, buat sesuatu secara berperingkat iaitu lakukan (perkara) untuk hari pertama, kedua dan seterusnya. Itu lebih mudah,” katanya menerusi TikTok MSU.

Warganet menzahirkan ucapan tahniah buat keluarga Noor Kumalasari atas kejayaan puteranya.

Tidak kurang juga yang sempat melepaskan rindu melihat bintang kesayangan mereka selepas susah lama tidak muncul kaca televisyen mahupun layar perak.

Sekadar info, Noor Kumalasari berkahwin dengan suaminya pada tahun 1990 dan dikurnaiakn tiga lagi cahaya mata iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.

Primadona tinggi lampai itu juga memiliki seorang anak lelaki, Abdul Qayyum daripada perkahwinan pertamanya.

Sumber: TikTok