'Alhamdulillah, saya bangga dengan awak.' Lana Nodin syukur suami mualaf selesai tunai umrah kali pertama

Iklan

'TERIMA kasih ALLAH SWT menjemput kami ke sini dan merealisasikan doa saya.'

Kini berada di Tanah Suci, Lana atau nama penuhnya Mazlina Hassan Nodin menerusi Instagram terharu dan bahagia hingga menitiskan air mata saat melihat Kaabah di depan mata.

Iklan
Iklan

Beliau turut memuat naik video memaparkan suaminya, Mohd Daud McKienzie menyempurnakan saie sambil mendukung anak lelaki mereka dan bertahallul.

Iklan

"Alhamdullilah saya adalah isteri, ibu dan anak yang bertuah kerana kami sekeluarga sudah berjaya menunaikan umrah kali pertama.

"Terima kasih ALLAH SWT kerana memudahkan umrah dan memberikan barakah.

Iklan

"Terima kasih ALLAH SWT kerana menjemput kami ke sini dan merealisasikan doa saya," kongsinya.

Artikel berkaitan:

Lana Nodin syukur lihat komitmen suami dalami Islam, tak pernah tinggal solat Jumaat

Lana Nodin dipuji jemput ustazah bimbing suami & anak. 'Kami tak sempurna tetapi cuba lakukan terbaik... '

Margaret Gan peluk Islam pada usia 79 tahun, gembira Ardini Angeline Tan kini mualaf

Pelakon berasal dari Kuching, Sarawak itu turut menzahirkan rasa syukur suaminya, Mohd Daud yang berstatus mualaf kini sudah berjaya menunaikan umrah kali pertama.

"Kepada suami saya @david_mckienzie saya sangat bangga dengan awak sebagai isteri. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bahagianya, cinta, dan rasa hormat saya kepada awak.

"Terima kasih ALLAH atas kurniaan hidayah kepada keluarga saya," kongsinya.

Rakan selebriti dan warganet tidak henti mendoakan Lana serta keluarga dikurniakan umrah yang mabrur.

Untuk rekod, Lana dan Mohd Daud yang merupakan bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat diijabkabulkan pada 15 Mei 2015.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn McKenzie, 8, dan William Daud McKenzie, 4.