Reaksi Atikah Suhaime bila digelar bibik kerana masak & teman suami makan. 'Dah tiada isteri buat macam ni lagi ke?'

Iklan

HIDUP zaman moden ini, apa sahaja yang dimuat naik menerusi media sosial selain dapat pujian mesti akan dapat kecaman. Tidak kisahlah benda yang dikongsikan itu sebenarnya sesuatu yang baik untuk dikongsikan dan dipraktikan bersama.

HIDUP zaman moden ini, apa sahaja yang dimuat naik menerusi media sosial selain dapat pujian mesti akan dapat kecaman. Tidak kisahlah benda yang dikongsikan itu sebenarnya sesuatu yang baik untuk dikongsikan dan dipraktikan bersama.

Misalnya perbuatan baik yang dilakukan oleh seorang isteri seperti menguruskan rumah tangga, masak untuk suami dan teman makan disamakan seperti pembantu rumah.

Iklan
Iklan

Itulah yang dirasai oleh pelakon, Datin Atikah Suhaime yang meluahkan rasa kurang senangnya diperkatakan begitu oleh warganet.

Malah, tambah anak kelahiran Singapura ini lagi, layanan diberikan kepada suami adalah perkara normal yang dilakukan oleh kebanyakan orang.

Iklan

"Banyak perkara yang saya buat seperti isteri yang normal mengikut apa yang diajar oleh ibu saya.

"Masak untuk suami, keluarga dan teman suami. Tetapi dekat TikTok orang cakap macam bibik atau maid,” luahnya di Instagram Story pada Selasa.

Iklan

Pemilik nama sebenar Nur Atikah ohd Suhaime turut meninggalkan soalan dan bertanya sekiranya sudah tidak wujud isteri yang menjalankan kewajiban menguruskan urusan harian rumah tangga.

"Saya ingat perkara itu normal? Dah tiada isteri buat macam ini lagi ke? Ke kalau buat, orang akan cakap orang macam bibik?” soalnya.

Beliau meluahkan pandangannya itu bersama satu perkongsian yang diambil di aplikasi X yang mengatakan kewujudan isteri zaman sekarang yang menghidangkan makanan pada suami, menuangkan air serta setia di sisi walaupun tidak makan sekali.

Perkongsian itu turut memuji jika ada wanita seperti yang dinyatakan itu, mereka bukan seorang isteri tetapi bidadari syurga.

Dalam pada itu, menerusi portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Hadis yang menyebutkan tentang seorang isteri yang menyediakan makanan kepada suaminya adalah lebih baik daripada seorang isteri itu mengerjakan haji dan umrah tidak dijumpai teks asalnya dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar. Namun, terdapat banyak hadis lain yang menceritakan keutamaan dan ganjaran bagi seorang isteri jika dia mentaati dan melayani suaminya dengan baik.

Terdapat banyak keutamaan dan ganjaran bagi seorang isteri jika dia mentaati dan melayani suaminya dengan baik. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya:"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”.

Riwayat Ibn Hibban (4163)

Tidak ada salahnya isteri nak mentaati suami, pahala dapat dan hubungan pun kekal baik dan mesra. Kan lebih baik begitu, betul kan?