Wawa Zainal, Aeril Zafrel bayar zakat perniagaan RM1 juta

Iklan

PASANGAN selebriti terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, sekali lagi menjadi contoh inspirasi kepada masyarakat apabila menunaikan tanggungjawab sebagai usahawan Muslim dengan menunaikan zakat perniagaan.

Melalui syarikat mereka, Wawa Cosmetics, pasangan ini menyerahkan bayaran zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM1 juta.

Iklan
Iklan

Menurut Wawa Zainal, zakat yang dikeluarkan itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan.

Iklan

"Rezeki yang diperoleh ini bukan hanya milik kita, tetapi ada bahagian untuk mereka yang lebih memerlukan.

Iklan

Sementara itu, Aeril Zafrel pula menambah, zakat yang dibayar bagi memastikan perniagaan yang diusahakan sentiasa diberkati.

"Sebagai usahawan, kami ingin memastikan perjalanan perniagaan kami sentiasa diberkati. Dengan menunaikan zakat, ia bukan sahaja menunaikan kewajipan agama tetapi juga memberi kami ketenangan dalam mencari rezeki," katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2016, Wawa Cosmetics sudah berkembang pesat dan menjadi antara jenama kosmetik yang digemari ramai di Malaysia.

Selain menumpukan kepada produk berkualiti tinggi, syarikat mereka juga komited terhadap tanggungjawab sosial, termasuk pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Langkah Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada usahawan lain untuk sentiasa ingat akan tanggungjawab zakat sebagai salah satu aspek penting dalam kehidupan seorang Muslim.