KELAHIRAN anak ketiga pelakon dan usahawan terkenal, Tya Arifin, membawa kegembiraan bukan hanya kepada keluarga, tetapi juga kepada para peminat setianya.
Menantu kesayangan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.6 kilogram secara normal pada 11.11 malam, Jumaat lalu.
"Baby kami yang ketiga telah lahir dengan selamat secara normal.
"Aghnia Amira Jiwa dengan berat 3.6Kg pada hari Jumaat, pada jam 11.11 malam,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Berita penuh bahagia tersebut dikongsikan oleh Tya sendiri menerusi Instagram miliknya yang memperlihatkan foto penuh kasih sayang bersama suaminya, Asyraf Khalid, dan bayi comel mereka.
Pasangan berkenaan turut sepakat memberikan nama, Aghnia Amira Jiwa, kepada puteri kesayangannya itu, sekali gus menjadi pelengkap bagi keluarga kecil mereka.
Sebagai rekod, Tya dan Asyraf, telah melayari bahtera perkahwinan sejak 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 7, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 5, yang kini bergelar abang dan kakak kepada si kecil Aghnia.