Adik Fauziah Ahmad Daud meninggal dunia. 'Kak Ogy akan sentiasa rindu Fazal, ya ALLAH ampunkan dosa-dosanya'

Iklan

PELAKON Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada 7 pagi di kediamannya di Taiping, Perak, difahamkan sudah lama menghidap penyakit itu dan merahsiakannya daripada adik-beradik.

"Innalillahi wainna illaihi rojiun. Adik lelaki saya telah pulang kepada Ya Khaliq.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Fazal, Kak Ogy sayang sangat kepada Fazal, Fazal berehat ya di negeri abadi. Pelakon veteran itu turut memohon titipan doa buat adiknya yang tersayang.



"Ya ALLAH, ENGKAU ampunkanlah segala dosa-dosanya.

"Terimalah segala amal ibadahnya, tempatkanlah dia bersama di dalam syurga-MU. Tenangkanlah DIA di sana Ya ALLAH. Dia anak yang baik

"Tolong doakan yang baik-baik buat adik saya, Allahyarham Fazal Bin Ahmad Daud," kongsi Ogy.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor selepas solat Zuhur.



Allahyarham Fazal merupakan pelakon kanak-kanak dan pernah membintangi filem Hati Batu di sisi Ogy.

Sekadar info, selain Fazal, Ogy memiliki seorang lagi adik iaitu pelakon Fazlina, 49.

Mereka adalah anak kepada seniman Datuk Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Datin Saadiah.

Sumber: Instagram, Berita Harian