SELAMAT menjadi ibu!
Tahniah buat bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang selamat menyambut kelahiran anak pertama berkongsi khabar gembira itu di media sosial.
Dalam hantaran di Instagram, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal memaklumkan beliau dan suami sepakat memberikan nama Muhammad Yassir Hayyan buat putera sulung mereka.
"Pada awal tahun ini, saya memohon kepada ALLAH untuk kehidupan yang penuh cinta dan tujuan.
"Sebagai balasannya beginilah cara kami mengakhiri tahun kita.
"Alhamdulillah, rezeki dan amanah terbesar buat mama dan baba Muhammad Yassir Hayyan," katanya.
Hantaran Instagram Syasya tentang kelahiran permata hatinya itu menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warganet.
Rata-rata mendoakan agar Muhammad Yassir Hayyan membesar dengan sihat dan mengucakan selamat berpantang buat penyanyi berusia 23 tahun itu.
Awal Disember lalu, cucu pelakon veteran Rozie Rashid itu terpaksa ditahan di wad selama empat hari gara-gara komplikasi dan hampir melahirkan kandungannya yang baharu berusia 30 minggu.
Sekadar info, Syasya majlis pernikahan dengan Nasrullah dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu selepas mengundurkan diri dari kumpulan Dolla.