'Alhamdullillah, hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya...,' Nabila Razali sambut kelahiran anak lelaki

Iklan

KEHADIRAN cahaya mata pertama ini tentunya menjadi penyeri buat pasangan bahagia.

Iklan
Iklan

Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali mencipta momen terindah dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsikan oleh wakil pengurusannya, Nabila Razali Entertainment, yang memaklumkan bahawa pelantun lagu Pematah Hati kini menyambut seorang bayi lelaki.

Iklan

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali turut berkongsi rasa syukurnya dan memaklumkan mereka dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya. Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan. Akhirnya, ALLAH kurniakan amanah ini buat saya dan suami.

Iklan

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya dengan nada penuh rasa syukur dan terharu.

Bayi lelaki comel seberat 3.1 kilogram itu dilahirkan tepat jam 10.01 malam melalui kaedah pembedahan.

Berita kelahiran tersebut telah mencuri perhatian peminat, yang tidak sabar-sabar menantikan kelahiran anak pasangan popular ini.

Terdahulu, Nabila, 32, dan suami, Nik Iruwan, 39, melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.

Tahniah diucapkan kepada Nabila dan keluarga. Semoga si kecil ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.