Erra Fazira, Mr E dalam fasa kenal hati budi, ucapan hari lahir undang perhatian. 'Ya, kami sedang berkawan baik'

Iklan

PENGACARA Borak Bibir Merah SinarPlus, Erra Fazira baru-baru ini memuat naik ucapan hari lahir istimewa buat seseorang menerusi Insta Story miliknya.

Perkongsian Erra ditujukan buat individu yang tidak didedahkan identitinya namun disifatkannya sebagai mendamaikan.

Iklan
Iklan

"Selamat ulang tahun buat kamu yang mendamaikan.

"Moga ALLAH perkenankan segala doa dan harapan yang terindah dalam kehidupan dunia dan akhirat," titipnya yang menggunakan lagu latar berjudul Semoga Abadi nyanyian Misha Omar.

Iklan

Sementara itu, menerusi portal berita tempatan, lelaki berkenaan, Mr E mengesahkan dirinya sebagai lelaki yang menerima ucapan daripada primadona itu baru-baru ini.

Iklan

"Ya, kami sedang berkawan baik. Cuma, saya tidak mahu ulas panjang mengenainya memandangkan saya bukanlah individu yang terbabit dalam dunia seni seperti Erra.

"Jadi, saya lebih senang mengambil pendekatan 'low-key' memandangkan kami pun hanya berkawan baik dan tidak lebih daripada itu.

"Memang saya dan Erra sudah kenal lama, cuma kami baru sahaja rapat. Saya pun terkejut berita berkaitan keluar sebab pada masa sekarang, kami hanya berkawan.

"Saya harap perkara ini tidak memberikan tekanan kepada Erra mahupun saya sendiri. Apapun, saya ucapkan terima kasih atas doa yang baik-baik," katanya.

Mr E juga mendedahkan beliau selesa dengan sifat hos terkenal itu sebagai wanita matang.

"Malah, personaliti baiknya itu membuatkan kami terbuka untuk saling berkawan. Tak lebih daripada itu," katanya lagi.

Sementara itu, Erra pula enggan mengulas lanjut sejauh mana hubungan mereka kerana enggan pisang berbuah dua kali.

"Berilah peluang. Kami baru nak kenal. Kalau boleh saya tak mahu komen banyak-banyak. Kalau tak jadi, saya juga yang malu," katanya.

Erra juga menjelaskan, ucapan selamat ulang tahun ditujukan kepada seseorang yang istimewa itu tular hanyalah sebagai satu kejutan buat temannya itu.

"Secara umumnya, ia hanyalah ucapan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat rakan yang mungkin beri kejutan buatnya. Itu sahaja," ujarnya.

Erra dalam masa yang sama menyatakan menghargai doa yang dititip peminat.

Sekadar info, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek itu pernah berkahwin dengan Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003 namun bercerai pada 2006.

Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun berpisah pada 17 Februari 2014.

Menerusi perkahwinan ini, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.

Jelitawan yang pernah dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 1992 dan Miss Polignac Physique 1992 itu juga pernah mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Shahir Zawawi.

Sumber: Berita Harian, 1