Aktif, sembuh & ceria. Ramai sebak, menitis air mata ikuti perkembangan Ainul Mardhiah. 'Terima kasih 7 tahun hingga kini'

Iklan

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019 selepas berjuang melawan ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour.’

Pejam celik, tujuh tahun berlalu namun si cilik itu terus berada di hati rakyat Malaysia. Malah media sosial ibu bapanya terus menjadi tumpuan mereka yang mengikuti perkembangan Ainul.

Iklan
Iklan

Melangkah ke tahun 2025, ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, 30, berkongsi terbaharunya yang semakin aktif dan ceria.

Beliau sempat memuat naik video Ainul bermain di taman permainan kanak-kanak 'indoor.'

Iklan

"Januari 2025. Semoga terus membesar dengan sihat Ainul Mardhiah. Kalau anda jumpa Ainul di luar, macam ini lah diri Ainul sentiasa ceria.

Iklan

"Kuasa Tuhan yang tidak seorang pun manusia yang mampu halang iaitu kebesaran Tuhan apabila Tuhan kata Ainul pasti akan sembuh dan membesar sehingga sekarang," kongsinya.

Artikel berkaitan:

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sempat berkongsi individu yang terusik melihat keadaan terkini anak sulungnya.

"Tadi ada jumpa brader bertanya adakah ini Ainul? Sebab katanya nampak Ainul berbeza dan sihat sangat.

"Brader ni sebak sampai menangis tengok Ainul. Kalau brader tadi tengok post ni say 'hai' ya.

"Terima kasih semua yang kenal dan support Ainul sejak tujuh tahun dahulu sehingga sekarang. Ainul sayang semua," titip Nurul Erwani.

Warga maya mendoakan agar kanak-kanak perempuan itu terus membesar dengan sihat.

"Semoga Ainul sentiasa diberikan kesihatan yang baik."

'Kakak Ainul sudah besar, moga terus sihat."

"Besar sudah Ainul dan adik-adiknya. Moga menjadi anak yang soleh dan solehah."

Selain Ainul, pasangan itu kini memiliki dua orang anak lelaki iaitu Umar, 5, dan Fateh, 3.

Sebelum ini, derita dialami Ainul Mardhiah pernah mendapat perhatian banyak pihak.

Pada usia lapan bulan, kanak-kanak itu bertarung nyawa selama lima jam menjalani pembedahan di London, United Kingdom (UK) bagi membuang tumor seberat 200 gram pada mulutnya.

Pembedahan diketuai Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong di Hospital Kanak-Kanak London.