'Pernah doa Tuhan ambil sahaja...' Genap 6 tahun, ibu kenang saat Ainul sebelum terima rawatan, tak perlu pakai mesin lagi

No Image Caption
A
A
A

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019. Perjuangannya setelah disahkan mengalami ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ diikuti rakyat Malaysia.

ENAM tahun berlalu, Ainul semakin membesar, sihat dan melakukan aktiviti hariannya seperti biasa.

Menerusi video dimuat naik ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 29, Ainul kelihatan cergas dan ceria berlari dan berjalan di dalam pasar mini milik keluarga.

Sesekali menyelak kembali pengalaman merawat anak sulung, ibunya mengenang saat mula-mula kesihatan buah hatinya itu diuji dahulu.

"Tahun berganti tahun. Alhamdulillah syukur, kini Ainul sudah enam tahun. Banyak perubahan yang semakin positif pada diri Ainul.

"Apabila terkenang masa lalu, sebelum kami dapat offer untuk buat rawatan Ainul di London, mama dan walid berserah pada takdir ALLAH.

Artikel Berkaitan:

"Mama dan walid sempat doa supaya Tuhan ambil saja lah Ainul sebab kami sudah tidak mampu nak tengok Ainul," titipnya.

No Image Caption

Pun begitu suratan takdir, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui perancangan ALLAH lebih hebat daripada manusia.

Pelbagai bantuan tiba diikuti tawaran pembedahan di London dan puteri sulungnya kini sudah sudah semakin cergas serta ceria.

"Perancangan dan jalan cerita yang Tuhan aturkan sangat indah. Mama dan walid tak sangka akan dapat jaga amanah Tuhan ini sampai sekarang.

"Dan kami akan terus jaga sampai akhir hayat kami. Doakan keluarga kecil kami ya. Terima kasih semua yang masih follow kisah dan update pasal Ainul.

No Image Caption

"Nak selit sikit, kalau ada nak datang jumpa dan tengok Ainul yang sudah besar ni boleh je PM. Jumpa di kedai kami Asar Halmart, Ayer Molek Melaka okayy!" kongsi Nurul Erwani.

Dalam perkembangan terkini, bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkata puteri sulungnya tidak lagi perlu menggunakan mesin pernafasan lagi. Malah tiub pernafasan pada leher Ainul juga sudah dibuka.

Sudah mampu makan dan minum sendiri, malah tubuh si kecil itu juga semakin kuat menangkis sebarang jangkitan.

No Image Caption

"Sejak akhir ini, ramai PM nak tengok Ainul sekarang, rindu agaknya. Alhamdulillah, Ainul sekarang sihat dan semakin aktif. Ceria dan kurang jatuh sakit. Kalau demam pun sehari dua sudah recover dan tidak teruk sangat.

"Nikmat yang paling ketara sekarang Ainul sudah tidak perlu membawa mesin ke mana-mana.

"Susu pun boleh minum menggunakan mulut, aiskrim pun sudah pandai minta. Kalau adik-adik makan aiskrim di hadapannya, memang dikejar adik-adiknya itu.

"Ainul suka berlari dan meloncat, sangat happy! Berbeza keadaan dia dahulu dan sekarang," kongsinya.

Selain Ainul, pasangan itu kini memiliki dua orang anak lelaki iaitu Umar, 4, dan Fateh, 2.

Sebelum ini, derita dialami Ainul Mardhiah pernah mendapat perhatian banyak pihak.

Pada usia lapan bulan, kanak-kanak itu menjalani menjalani pembedahan di London, United Kingdom (UK) bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya.

Pembedahan diketuai Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong di Hospital Kanak-Kanak London turut disertai pakar bedah warga Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Sumber: Instagram, Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang