'Dari kembara jadi satu keluarga.' Lancar pakej umrah & haji 2025, kolaborasi strategik bantu LHM perkukuh kedudukan dalam industri pelancongan Muslim

Iklan

SEJAK penubuhannya pada 2003, Lavender Holidays & Management Sdn Bhd (LHM) terus mencipta nama sebagai sebuah jenama dipercayai dan bukan sekadar syarikat pelancongan semata-mata.

Selain menguruskan umrah dan haji, LHM turut aktif dalam pelbagai bidang. Antara pencapaian yang paling membanggakan adalah inisiatif membawa pulang ribuan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara semasa pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Dengan kerjasama Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia, misi ini membuktikan dedikasi LHM terhadap kesejahteraan masyarakat.

Tambahan pula, LHM turut menjalankan perniagaan import produk sejuk beku dari Norway dan Iceland serta menyediakan perkhidmatan pengurusan hotel dan kargo.

Iklan

"Ini bukan tentang keuntungan semata-mata. Bila masyarakat memerlukan kami, itu juga tanggungjawab kami,” kata Hajah Norlelawati dengan penuh rendah hati.

Dari satu kembara, menjadi satu keluarga, LHM komited dalam menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar, bermakna, dan selamat.

Iklan

"Ini lebih daripada sekadar perjalanan, ini tentang melakar kenangan ibadah yang takkan dilupakan."

Demikian perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif LHM, Hajah Norlelawati Abdul Razak, dengan senyuman penuh yakin.

Baru-baru ini, LHM melancarkan pakej eksklusif 2025 yang disasarkan untuk memperkasa pengalaman ibadah umrah dan haji pelanggan.

Majlis pelancaran itu turut diserikan dengan pemeteraian kerjasama strategik bersama nama-nama besar seperti Ustazah Yong Lynna James Al-Almaniy, Lifestyle Travel Influencer yang dikenali ramai, serta rakan korporat Fotia Biotech dan Rasa Suri.

Untuk tahun 2025, LHM memperkenalkan pelbagai pakej yang memenuhi keperluan unik pelanggan seperti Pakej Umrah Government, Pakej Umrah Dialisis dan Pakej Umrah Muslimah. Selain itu, terdapat juga pakej lain seperti Pakej Umrah Damai Jiwa dan Pakej Umrah Backpackers DIY khas untuk golongan muda yang ingin pengalaman yang lebih bebas.

Jalinan Kasih

Pakej-pakej tersebut mencerminkan pendekatan LHM yang holistik dalam memastikan setiap perjalanan bukan sekadar ibadah, tetapi sebuah pengalaman rohani yang bermakna.

Sehingga kini, hampir tiga ribu jemaah telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar alumni LHM. Program tahunan seperti jalinan kasih menjadi platform untuk terus mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka.

Melalui kerjasama strategik dan inovasi berterusan, LHM bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pelancongan muslim tanah air, tetapi juga bersedia menjadi rujukan global dalam sektor ini.

"Kami percaya, dengan sokongan dan doa pelanggan, insya-Allah, masa depan pelancongan muslim akan terus bersinar," kata Hajah Norlelawati lagi.