'Jangan ganggu emosi, kesihatan mental dengan komen...' Isu rumah tangga Zahnita & suami, Wardina Safiyyah tegur jangan libatkan anak-anak

Iklan

KONTROVERSI membabitkan isu rumah tangga pelakon dan model, Zahnita Wilson dan suaminya masih menjadi bualan netizen sejak sebulan lalu.

KONTROVERSI membabitkan isu rumah tangga pelakon dan model, Zahnita Wilson dan suaminya masih menjadi bualan netizen sejak sebulan lalu.

Zahnita sebelum itu memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada 3 Disember 2024 selepas membuat pendedahan mengejutkan berkongsi gambar mata lebam dalam media sosial miliknya sehari sebelum itu. Beliau mendakwa, kecederaan itu berpunca daripada kekasaran suaminya.

Iklan
Iklan

Lebih memanaskan lagi isu apabila Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor ditahan pada hari yang sama bagi membantu siasatan susulan dakwaan aktres itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Walau bagaimanapun, suaminya menafikan dakwaan tersebut.

Iklan

Isu ini bertambah ‘berat’ apabila anak sulungnya, Zahrafeena atau lebih mesra dengan panggilan Zahra tampil memberi maklum balas bertentangan dengan kenyataan ibunya ketika ditemubual oleh wartawan baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, remaja tersebut mengakui, konflik keluarga memberi kesan terhadap dirinya yang kini sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Iklan

Sesi temu bual isu panas berkenaan turut mendapat perhatian bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot.

Mesra disapa Wardina, beliau berkongsi pandangan peribadinya berkenaan isu tersebut.

"Saya rasa sangat tidak patut untuk temu bual anak dia (Zahnita). Anak-anak ini adalah mangsa keadaan dalam isu rumah tangga ayah dan ibu mereka.

"Kenapa perlu tanya anak-anak ini? Komen-komen netizen pula sangatlah tidak patut dan boleh mengeruhkan lagi keadaan terutama kesihatan mental anak-anak ini.

"Bagi saya, tindakan ini telah melanggar etika kewartawanan yang sepatutnya. Adakalanya budak-budak tidak mampu untuk menjawab soalan dengan baik.

"Anak-anak ini dalam keadaan yang tidak senang dan tersepit tentang isu perceraian ini ditambah pula dengan ulasan negatif netizen. Kasihan kepada mereka. Mereka tidak bersalah dan mangsa keadaan,” ujarnya.

Untuk rekod, Zahnita dan Abdul Zakckery Ghouse mendirikan rumah tangga pada tahun 2005.

Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata. Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4.