Rumah Farid Kamil bakal dilelong, penyewa tangguh bayaran jadi punca. 'Harap boleh selesai secepat mungkin'

Iklan

TULAR baru-baru ini kisah kediaman milik pelakon dan pengarah Farid Kamil bakal dilelong. Berita berkaitan rumah berkembar dua tingkat dibeli harga RM300,000 pada tahun 2011 itu akhirnya disahkan oleh pengurus Farid, Azahari Hamid.

Menerusi laporan portal berita tempatan, rumah berkenaan telah disewakan kepada kenalan yang tidak membayar wang sewaan terus ke bank sejak tahun lalu.

Iklan
Iklan

Malah pihaknya juga baharu sahaja mengenai isu selepas dihubungi beberapa wartawan yang meminta kesahihan.

"Sejak disewakan lima tahun lalu, bayaran bulanan terus dimasukkan penyewa ke bank, sebelum ini tiada masalah tetapi individu terbabit tidak berbuat demikian bermula pertengahan tahun lalu.

Iklan

"Saya sendiri sudah menghubungi penyewa tersebut dan dia mengakui kesilapannya menangguhkan bayaran disebabkan masalah kewangan,” katanya.

Iklan

Memetik portal berkenaan, walaupun tidak lagi tinggal di kediaman itu, rumah dua tingkat berkeluasan 1,760 kaki persegi itu cukup bermakna kepada pelakon Lagenda Budak Setan itu.

Katanya lagi, Farid akan akan ke bank pada Jumaat untuk menyelesaikan isu tunggakan bayaran pinjaman.

"Ketika terima berita ini (lelong), sudah lewat petang (Khamis). Jadi esok pagi sahaja kami akan berjumpa pihak berkaitan.

"Harapnya hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” ujarnya.

Baru-baru ini tersebar berita mengenai sebuah rumah beralamat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor di bawah nama Farid Kamil Zahari akan dilelong.

Menurut iklan yang tular dalam media sosial itu, lelongan dijadualkan berlangsung pada 22 Januari depan dengan harga permulaan RM522,000.

'MUNGKIN SAYA BOLEH BELI' - DAVID TEOH

Penerbit filem dan usahawan, David Teo dalam temu ramah bersama media menyuarakan simpati kepada Farid.

Berkaitan kediaman, David berkata, beliau baharu sahaja mengetahui mengenai berita lelongan itu selepas dihubungi media.

"Kalau Farid ada masalah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya.

"Rugilah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu.

"Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini.

"Tetapi, sekarang sudah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong," katanya.

Menurut David, beliau adalah orang yang membayar wang pendahuluan untuk kira-kira 30 kakitangan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG pada suatu ketika itu.

Malah penerbit berusia 60 tahun itu mengakui tidak pernah berbincang tentang hal peribadi dengan pengarah itu.

"Sebab itulah saya tak tahu Farid ada masalah kewangan.

"Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem Bisikan Dosa.

"Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya," kata David.

Sekadar info, Farid baru-baru ini enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Diana Danielle selepas aktres itu memfailkan penceraian kali kedua pada 4 November lalu.

Wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dilantik bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga mereka.

Mahkamah menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan semula kes dan laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Sumber: Kosmo, Berita Harian