'Saya sentiasa setia, kalau curang mana buktinya?' Zahnita jelas keluar rumah kerana mahu selamatkan diri, demi kesihatan mental

Iklan

ISU keganasan rumah tangga bekas peragawati, Zahnita Wilson terus menjadi tumpuan. Baru-baru ini, pelakon Kuliah Cinta itu didakwa curang oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor.

Memetik laporan Malaysia Gazette, tuan badan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Iklan
Iklan

Pemilik nama sebenar, Zahnita Dorothy Hussien Wilson itu juga menegaskan, beliau taat dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.

"Saya sentiasa setia sepanjang bergelar isteri. Selama ini memang taat. Saya tak curang, kalau curang mana buktinya?

Iklan

"Saya keluar dari rumah pun hanya untuk menyelamatkan diri daripada masalah kesihatan mental dan penderaan fizikal dan emosi,” katanya.

Iklan

Wanita berusia 39 tahun itu turut berkata, Abdul Zackery sepatutnya tampil dengan bukti kukuh sekiranya benar beliau telah berlaku curang.

Kecewa dengan dakwaan yang dilemparkan, namun bekas model berdarah kacukan Malaysia-New Zealand itu mengaku tidak mampu untuk berbuat apa-apa apabila imejnya diburukkan oleh sesetengah pihak.

Terdahulu, media melaporkan Abdul Zackery mendakwa Zanita menduakannya sekitar 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2015 dan 2016.

Malah beliau turut didakwa pernah melarikan diri bersama seorang lelaki selama enam bulan!

Bagaimanapun, bapa kepada empat cahaya mata itu menafikan kehadiran orang ketiga sebagai punca keretakan rumah tangganya, seperti yang didakwa Zahnita sebelum ini.

Baru-baru ini, Abdul Zackery dalam sidang media juga mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan isterinya yang menurutnya memukulnya dengan seni bela diri Muay Thai.

Imbas kembali, pergaduhan di antara Zahnita dan Abu Zackery bermula apabila bekas peragawati itu membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Pada 3 Disember 2024, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang dan suaminya ditahan.

Abdul Zackery bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuatan, Pahang atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya.

Baru-baru ini lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan penjara selama tempoh sehingga setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau dengan kedua-duanya.

Abdul Zackery juga didakwa menggunakan dadah berbahaya iaitu 11-nor-delta-9-Tetrahydronnabinol-9-Carboxylic Acid di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, jam 5.45 petang, pada 2 Disember.

Lelaki itu juga didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama dan dibaca Bersama seksyen 38B akta yang sama.

Sumber: Malaysia Gazette