Juara dunia! Noraizat Nordin & Aidil Aiman muncul wira tamatkan kemarau sepak takraw Malaysia

Iklan
Noraizat Nordin & Aidil Aiman muncul wira tamatkan kemarau sepak takraw Malaysia (1)

PEMAIN sepak takraw negara Noraizat Nordin dan Aidil Aiman Azwawi mencatat sejarah muncul sebagai gergasi Thailand dalam dua kategori double dalam kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw (ISTAF) 2024 malam tadi.

Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur menyaksikan libasan demi libasan skuad negara itu membolehkan kemenangan dalam genggaman.

Iklan
Iklan

Aksi mantap Noraizat dan Aidil berjaya membenam duo Thailand dengan straight sets 17-16, 15-13!

Dalam temu ramah Astro Arena, Noraizat berkongsi momen bersejarah itu.

Iklan

Baca juga:Syabas Pearly-Thinaah! Cipta sejarah beregu wanita pertama juara Terbuka Perancis, 10 info membanggakan

Baca juga: Skuad badminton ‘berbisa’penyumbang pingat paling banyak Sukan Olimpik buat negara

Iklan

"Mungkin berkat doa kedua ibu bapa, isteri, keluarga dan rakyat Malaysia," katanya.

Malah, pemain berasal dari Tangkak, Johor itu mengakui kuasa ALLAH mengatasi segalanya.

Sementara itu Aidil menyatakan sokongan daripada mereka yang hadir hingga mampu mempamerkan prestasi terbaik.

"Terima kasih yang menyokong team Malaysia. Walau apa pun, hari ini saya dan Aizat sudah buktikan yang kita boleh menang (mengalahkan) dengan Thailand," katanya.

Dalam temu ramah dengan media, pemain Perak Bison itu menzahirkan orang tersayang sebagai motivasi.

Baca juga: 42 tahun kemarau kelayakan Piala Asia berakhir, kenali 4 penyumbang gol, wanita pun perlu ambil tahu

Baca juga: Chong Wei bangga pencapaian Nicol dinobat Atlet Terhebat Sepanjang Zaman. Nicol, ‘truly the goat’!

Kepada media, Aidil mendedahkan mereka tidak gugup gandingan gergasi Thailand, Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut. Malah bertarung dengan bekas jurulatih memberikan kelebihan.

Baginya, impian mereka untuk menumbangkan Thailand di laman sendiri dan mencipta sejarah baharu Piala Dunia akhirnya tercapai.

"Seksan adalah jurulatih kami sebelum ini dan sering menjalani latihan sekali. Mungkin menerusi latihan sebelum ini kami dapat baca servis dia tadi,” ujarnya.

Tidak lama selepas itu trio dibarisi Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan) pula menghadiahkan gelaran juara buat negara dalam acara beregu.

Aksi cukup garang penuh bertenaga dipamerkan mereka dalam usaha menafikan tentangan yang diberikan Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan dan Varayut Jantarasena.

Mereka yang konsisten meraih mata demi mata menang mudah pada set pertama dengan 15-8.

Aksi cemerlang Farhan, Syahir dan Azlan diteruskan pada set kedua sehingga memaksa Thailand beberapa kali menukar tekong mereka, namun tetap gagal menggugat keyakinan ditonjolkan trio negara.

Percaturan pengendali negara, Ahmad Jais Baharun memasukkan Muhammad Haziq Hairul Nizam menggantikan Syahir pada pertengahan set kedua turut membuahkan hasil apabila Malaysia mengesahkan kejayaan sebagai juara dunia acara regu menerusi kemenangan 15-12.

PMX, TIMBALAN PERDANA MENTERI UCAP TAHNIAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah buat pasukan negara.

"Tahniah pasukan sepak takraw Malaysia! Moga kemenangan ini akan mendorong lebih banyak kejayaan di masa akan datang!" ciapnya di X.

Manakala Timbalan Perdana Menteri tidak lupa menitipkan kesyukuran atas pencapaian yang diraih pasukan sepak takraw kebangsaan itu.

"Tahniah wira-wira sepak takraw negara! Doa rakyat Malaysia juga mengiringi kejayaan pasukan sepak takraw negara. Syabas!" tulisnya di X.

Sumber: Kosmo, X 1, 2, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!