42 tahun negara ‘kemarau’ kelayakan ke kejohanan Piala Asia, namun semuanya berakhir apabila skuad Harimau Malaya berjaya menempah tempat dengan membenam Bangladesh 4-1.

Aksi penuh bertenaga menekan pihak lawan seawal minit pertama, Malaysia mendahului melalui sepak penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rashid pada minit ke-16.

Bagaimanapun, Bangladesh menyamakan kedudukan pada minit 31 melalui hantaran ke dalam sebelum dan disudahkan dengan satu tandukan tajam.

Aksi membanggakan pemain negara tidak menghampakan. Masing-masing mempamerkan kualiti permainan dan selepas sekali lagi mendahului perlawanan pada minit 38 hasil rembatan kencang pemain pertahanan, Dion Cools.

Baca juga: Mokhtar Dahari dikenang, 89 jaringan gol diiktiraf FIFA

Mendahului 2-1, skuad Harimau Malaya selepas itu berjaya mengekalkan kelebihan satu gol sehingga tamat separuh masa pertama.

Tanpa berlengah, sebaik sahaja bermulanya separuh masa kedua, Malaysia melancarkan serangan bertubi-tubi dan berjaya mendapat gol ketiga dua minit kemudian hasil jaringan Syafiq Ahmad.

Biarpun gawang negara diasak penyerang lawan, Darren Lok berjaya menjaringkan gol keempat negara pada minit 73.


Baca juga: Perginya Shebby Singh, meninggal dunia pada usia 61 tahun, berikut 10 fakta berkaitan

Malaysia terus melaksanakan misi dengan penuh fokus menamatkan permainan dengan skor 4-1.

Seluruh Stadium Negara Bukit Jalil bersorak meraikan kejayaan negara mara beraksi di pentas Piala Asia buat kali keempat, kali terakhir secara merit adalah pada 1980.

Tahniah buat Harimau Malaya, semoga kekal bersemangat dan momentum menjelang perlawanan tahun hadapan.

Jom kenali penyumbang gol yang melayakkan negara ke Piala Asia 2023. Bersama ini SinarPlus kongsikan butiran lanjut pemain berbakat;

SAFAWI RASID, 25


-Pemain bola sepak profesional Malaysia yang kini bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Johor Darul Takzim FC dan pasukan kebangsaan Malaysia.
-Safawi terkenal dengan kemampuan sepakan bola percuma melengkung dan kemampuan untuk membuat tendangan jarak jauh secara melengkung.
-Berasal dari Kampung Bukit Chatak, Dungun, Terengganu, Safawi anak kesembilan dari 13 adik beradik.
-Pernah dipinjamkan ke Portimonense Sporting Clube adalah sebuah kelab sukan Portugis pada tahun 2020.

DION COOLS, 26

Iklan


-Dion Cools merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia dan Belgium.
-Cools atau nama sebenarnya Dion Johan Cools bermain di posisi bek kanan untuk kelab Midtjylland di Liga Super Denmark dan Harimau Malaya.
-Dion dilahirkan di Kuching, Sarawak adalah kacukan Malaysia-Belgium. Bapanya warga Belgium manakala ibunya berasal dari Kuching. Cools dibesarkan di Belgium.
-Mula ‘terjebak’ dengan bola sepak ketika berusia sembilan tahun, Cools mula bermain dengan beberapa kelab seperti ketika remaja.
-melebarkan sayap ke pasukan kebangsaan Belgium bawah 18 dan bawah 19 seterusnya bawah 21. Pada tahun 2021, Cools mula bermain untuk Harimau Malaya.

SYAFIQ AHMAD, 26


-Syafiq berasal dari Sungai Ara, Pulau Pinang merupakan pemain Johor Darul Takzim.
-Memakai jersi nombor 28, Syafiq mula bermain pasukan Kedah bawah 19 tahun bermula dari 2012 hingga 2014.
-Syafiq memulakan kerjaya senior dengan pasukan Kedah pada tahun 2015 hingga 2017.
-Kemunculannya pasukan kebangsaan bawah 23 tahun pada tahun 2018.
-Syafiq ‘disunting’ pasukan Harimau Selatan pada tahun 2018 dan memainkan peranan posisi penyerang.

DARREN LOK, 31


-Darren Lok atau nama penuhnya Darren Lok Tee Deng dilahirkan East Sussex, England.
-Menyarung jersi nombor 10, Darren memulakan kerjayanya bersama Akademi Eastbourne Borough sebelum diserap ke skuad senior pada tahun 2012.
-Kerjayanya di Malaysia bermula pada tahun 2016 setelah menyertai kesebelasan Johor Darul Takzim II FC.
-Beraksi pada posisi penyerang, Darren pernah bermain untuk pasukan negeri Perak dalam Liga Super Malaysia 2021.
-Selain itu, Darren pernah menyertai pasukan Terengganu dan terkini Petaling Jaya City.

Iklan

Tangkas rembatan pasukan Harimau Malaysia, moga kejayaan Piala Asia2023 menjadi milik kita.

Baca juga: Harta melebihi Cristiano Ronaldo, Messi, Neymar, 10 fakta menarik pemain bola terkaya Faiq Bolkiah

Baca juga: Ke mana tumpahnya kuah? Irfan, Ikhsan, Ilhan ikut jejak langkah Fandi Ahmad jadi bintang bola sepak

Foto: FAM

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI