Farhatul Fairuzah kongsi doa dipermudahkan jodoh & dapat pasangan hidup baik. Kisah manis doa di Jabal Rahmah jadi perhatian warganet

Iklan

MANIS dan berseri-seri, qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang baharu melangsungkan perkahwinan terus menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini isteri kepada Ustaz Ilham Amri itu berkongsi sepotong doa yang diamalkan sejak bujang bagi mendapatkan pasangan hidup.

Iklan
Iklan

"Doa kepada mereka yang mencari jodoh atau agar dipermudahkan urusan jodohnya.

Iklan

"Jadi kepada anda yang masih bujang bolehlah amalkan

"Bismillahirrahmanirrahim.

Iklan

Ya ALLAH Ya Tuhanku kurniakanlah daku jodoh yang sebaik-baik kejadian.

"Yang baik mengikut ukuran-MU, baik jualah untuk diriku dan yang faham pada kehendak agama," kongsinya di sisi suami.

Baru-baru ini juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu mendedahkan pernah mendoakan agar dikurniakan jodoh yang baik selama tiga tahun di Jabal Rahmah.

Kembali ke sana sebagai suami isteri, Farhatul mendedahkan beliau tidak menyangka Ustaz Ilham adalah pasangannya.

"2023 dan 2025. Eh tahu-tahu ke sini lagi dengan keadaan yang berbeza.

"Rupanya doa banyak-banyak di Jabal Rahmah sudah ada orangnya," kongsinya yang memohon doa yang baik-baik daripada warga maya.

Pendakwah berusia 25 tahun itu melangsungkan perkahwinan dengan Ustaz Ilham Amri yang merupakan seorang mutawif pada 16 Disember 2024.

Sekadar info, Farhatul yang baharu sahaja menamatkan pengajian dengan cemerlang dan menggenggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah turut memiliki memiliki tauliah mengajar bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.