BINTANG legenda Bollywood, Saif Ali Khan, 54, dilapor ditikam di kediamannya di Bandra, Mumbai.
Kejadian berkenaan berlaku pada awal pagi Khamis ketika seorang penceroboh tidak dikenali memasuki rumahnya sekitar jam 2 pagi
Menurut laporan media, Saif Ali Khan mengalami beberapa luka tikaman, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Lebih membimbangkan, salah satu kecederaan adalah berdekatan dengan tulang belakangnya dan pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan pisau sepanjang 2.5 inci.
Menurut polis, suspek yang tidak dikenali menceroboh kediaman dan cuba melakukan cubaan rompakan.
Saif yang cuba menghalang pencuri itu daripada melarikan diri telah bergelut dengannya dan diserang dengan objek tajam hingga menyebabkan enam tikaman.
Pelakon Hum Saath-Saath Hain dan Kal Ho Naa Ho itu dibawa ke hospital oleh anaknya, Ibrahim Ali Khan dan seorang lagi pembantu kira-kira jam 3.30 pagi.
Saif Ali Khan ditikam perompak 6 kali hampir terkena tulang belakang, sebilah pisau tertinggal di badan
Iklan