SELEBRITI terkenal, Diana Rafar, diberi penghormatan memimpin bacaan syahadah bagi menyempurnakan pengislaman saudara baharu.
Diana atau nama sebenarnya Adiana binti Abdul Rafar, 42, yang memakai sepersalinan hitam kelihatan sebak membimbing bacaan dua kalimah syahadah wanita berkenaan sambil jari telunjuk ditunjuk ke atas.
Artikel berkaitan:
- 'Goreng ikan pun dikatanya tak garing...' Fobia pengalaman lalu, Diana Rafar perbaiki diri elak rumah tangga goyah, kongsi tip bahagia
- Zamarulhisham, Diana Rafar selamat timang anak ketiga
- Diana Rafar terharu, kongsi momen manis sentuh Hajar Aswad, akui rezeki anak doakan. 'Tiba-tiba ada polis bawa, cium dengan tenang tanpa sesiapa tolak'
Wanita yang mengenakan selendang putih itu mengikut setiap kalimat diucapkan aktres tersebut sehingga selesai.
Diana menerusi video berkenaan menitipkan rasa syukur dengan kehadiran seorang lagi saudara Islam.
Isteri kesayangan Zamarul Hisham itu yang dilihat mengalirkan air mata tidak ketinggalan memberikan nasihat dan pesanan kepada wanita berkenaan.
Ini bukanlah kali pertama beliau membantu pengislaman saudara baharu.
Pelakon filem Susuk itu terdahulu membantu dua orang wanita memeluk Islam pada Julai 2022 dan Disember 2023.