'Goreng ikan pun dikatanya tak garing...' Fobia pengalaman lalu, Diana Rafar perbaiki diri elak rumah tangga goyah, kongsi tip bahagia

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Diana Rafar berkongsi pengalaman pernah berputus atas di awal perkahwinannya bersama pelakon Zamarul Hisham disebabkan sikap Obsessive Compulsive Disorder (OCD) yang dihadapi suaminya.

Disebabkan itu, Diana atau nama lengkapnya Adiana Abdul Rafar,42 telah diceraikan oleh suaminya pada 14 Januari 2015 di kediamannya pada jam 1.40 pagi.

Namun begitu, jodoh mereka masih panjang apabila kembali bersama pada 14 Februari 2015 kira-kira sebulan selepas mereka bercerai.

No Image Caption

Ketika ditemu bual SinarPlus, pelakon drama 'Ilusi' mengakui bahawa suaminya masih mempunyai sikap OCD yang dialaminya dahulu namun sudah berkurangan.

Walaupun begitu, Diana masih hidup dalam ketakutan dan tidak mengambil mudah dalam menyediakan keperluan dan kehendak suami tercinta.

Diana menyedari apabila segala tugasan rumah dan keperluan sang suami disediakan secukupnya maka tiada peluang untuk Zamarul menilai kekurangan dalam kerja-kerja yang dilakukan.

"Punca perpisahan kita dahulu adalah disebabkan perkara-perkara kecil macam ini, jadi perkara itu membuatkan saya fobia. Selepas kembali bersatu, saya tidak memberi ruang kepada abang (Zamarul) mencari kekurangan dengan perbaiki diri.

Artikel Berkaitan:

"Sebab abang memang tak boleh tengok rumah kotor, habuk berselerak,busuk dan sebagainya jadi perkara seperti itu kalau kita jaga, tiadalah kita bagi dia peluang untuk mencari kesilapan kita,"katanya.

Berkongsi kisah awal perkahwinannya, Diana pernah ditegur oleh suaminya kerana tidak mengoreng hingga garing seperti yang diinginkan Zamarul.

Menjawab mengenai rahsia menjaga rumah tangga, Diana sering mengingatkan tentang kematian bagi meredakan kemarahan, secara tidak langsung mengelakkan gaduh berpanjangan.

"Tips Diana selalu ingatkan hal kematian macam umpama,kalau nak bergaduh je dengan abang hari ini,kalau terjadi apa-apa kepada dia kejap lagi, dah tak jumpa lagi.

"Jadi kemarahan tu akan hilanglah."tegasnya.

Sebagai rekod, Zamarul pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada 14 Januari 2015 jam 1.40 pagi di kediamannya.

Sebulan kemudian, Zamarul kembali bersama selepas melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang