Az Zuha Labur RM20 juta, kontrak baharu bersama Hotel Safwah demi keselesaan jemaah beribadah, kemudahan bertaraf dunia

Iklan

BAGI mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci, pengalaman menunaikan umrah atau haji adalah perjalanan yang penuh makna.

Kini, dengan kerjasama strategik antara Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd dan Hotel Safwah, jemaah berpeluang menikmati penginapan selesa yang memudahkan fokus kepada ibadah.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Az Zuha Group, Haji Abdul Malik bin Abdul Raman, perjanjian strategik baharu bernilai RM20 juta itu adalah salah satu usaha untuk memenuhi keperluan jemaah, terutamanya dalam memastikan pengalaman yang selesa dan tidak terganggu.

Hotel Safwah, yang terletak berhampiran Masjidil Haram, telah lama menjadi pilihan utama Azzuha kerana reputasinya dalam memberikan perkhidmatan unggul kepada para jemaah.

Iklan

"Matlamat kami adalah memastikan jemaah mendapat pengalaman terbaik sepanjang menunaikan ibadah. Kerjasama ini membolehkan kami menawarkan penginapan strategik, perkhidmatan makanan berkualiti, pengangkutan lancar, serta sokongan penuh daripada pasukan Az Zuha,” katanya.

Iklan

Promosi istimewa

Sempena perjanjian ini, Az Zuha turut melancarkan pakej-pakej musim baharu yang menawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan. Antara yang menarik perhatian adalah pakej promosi ulang tahun ke-13 syarikat, yang kini dibuka untuk tempahan bagi perjalanan bermula Julai 2025 pada harga mampu milik tanpa berkompromi terhadap keselesaan.

"Pakej ini adalah peluang istimewa untuk rakyat Malaysia menikmati pengalaman eksklusif dengan harga berpatutan,” tambahnya.

Pembaharuan kontrak bernilai jutaan ringgit itu juga sekali gus mengukuhkan kedudukan Az Zuha sebagai peneraju dalam pelancongan Islam.

Dengan visi menjadi pemain global dalam industri ini, Az Zuha terus komited dalam memberikan pengalaman yang memenuhi keperluan ibadah jemaah dengan sempurna.