Inspirasi teh dalam dunia wangian, Malaya Perfumery Tea Series tampil dengan 5 haruman mewah

Iklan

TEH menjadi salah satu minuman popular dan boleh dikatakan wajib dinikmati oleh masyarakat di Malaysia.

Lantaran itu, Malaya Perfumery menjadi perintis haruman berformula ‘vegan’ di Malaysia apabila melancarkan rangkaian minyak wangi baharunya, Tea Series baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Ternyata, idea kreatif untuk membawakan gaya hidup tersebut ke dalam seleksi minyak wangi memberikan pesona luar biasa kepada si pemakai.

Jenama minyak wangi tersebut menampilkan haruman Tea Series dengan lima haruman mewah dan segar iaitu Apricot Ceylon Tea, Mulbery Tea, Mint Tea, Black Sugar Lemon Tea serta Osmanthus Tea yang diinspirasikan daripada minuman teh.

Iklan

Menurut Pengasas Malaya Perfumery, Ezekiel Zayd, setiap wangian dalam Malaya Perfumery Tea Series itu membawa konsep wangian teh untuk mood ketenangan dengan ramuan resipi nota-nota bunga dan wangian teh segar yang halus bagi menghasilkan aroma tenang serta memikat.

"Saya percaya teh bukan sekadar minuman tetapi juga salah satu cara untuk mengekspresikan diri dan meningkatkan mood anda.”

Iklan

"Melalui haruman Tea Series ini, saya ingin memberikan pelanggan peluang untuk meneroka sisi baharu dan ekspresikan mood diri yang lebih berpesona, tenang dan elegan,"ujarnya.

Tambah beliau lagi, minyak wangi umpama aksesori pelengkap gaya dan penambah keyakinan diri.

Jika pilihan aromanya tepat, ia mampu membangkit aura positif dan energetik kepada pemakainya.