'Fatima jangan bersedih, hati daddy memelukmu selamanya' - Fattah

Iklan

KASIH sayang dua beranak ini sentiasa menjadi perhatian. Biarpun terpisah dek penceraian, pelakon Fattah Amin tetap meluangkan masa bersama permata hatinya, Nur Fatima Aisya.

Dalam hantaran yang dimuat naik semalam, pelakon Lembing Awang Pulang Ke Dayang itu sempat meluahkan perasaan memujuk anak tunggalnya.

Iklan
Iklan

Mungkin pertemuan yang sebentar tidak memuaskan hati Fatima untuk meluangkan masa bersama bapa tersayang.

Iklan

Menerusi Insta Story, aktor tersebut turut berkongsi video puteri tersayang yang dmuat naik kelab peminatnya.

"Semoga ALLAH sentiasa menjaga Nur Fatima Aisya Abdul Fattah," titip video berkenaan.

Iklan

Fatima yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 adalah hasil perkahwinan Fattah bersama pelakon dan usahawan, Nur Fazura.

Melangsungkan perkahwinan pada 27 November 2017, mereka secara rasmi bercerai pada 4 November tahun lalu.

Terdahulu, Fattah yang bersetuju memberikan hak penjagaan Fatima kepada bekas isterinya.

Fattah mendapat hak lawatan bermalam dan lawatan harian meskipun hak penjagaan jatuh sepenuhnya kepada Fazura.

Untuk lawatan bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali sebulan bergantung kepada kelapangan Fattah iaitu jemput Fatima pada hari Jumaat dan menghantarnya semula pada hari Ahad.

Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatima. Manakala, untuk lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatimah sebanyak tiga kali seminggu.