PELAKON dan pengacara Ain Edruce berkongsi detik genting apabila anaknya, Soraya disahkan mengalami hernia hingga terpaksa dibedah.
Hos Borak Bibir Merah SinarPlus itu tidak dapat menahan kesedihan melihat si kecil tersebut menahan kesakitan.
Sedang hamil trimester ketiga, isteri kepada Amirul Hafiz Mustaffa itu berkongsi keadaan Soraya pada Khamis.
"Cerita semalam, kasihan anak mummy and daddy perlu dibedah kerana mengalami hernia.
"Emosi saya semalam, sudahlah hormon tidak stabil. Kena tengok anak yang masih kecil lalui pembedahan. Sedihlah," kongsi Ain.
Artikel penuh:
- 'Betul-betul bawa tuah, buat duit dengan karakter...' Amirul dedah ibu sukakan Ain Edruce, tetap pelihara maruah keluarga dalam berkarya
- 'Awal tahun aku sedih sebab gugur...,'Ain Edruce umum hamil anak kedua
Namun ibu muda berkenaan menitipkan kesyukuran apabila keadaan anak perempuannya semakin pulih selepas selesai prosedur pembedahan.
Ujar Ain, puterinya yang berusia empat tahun itu kembali aktif seperti biasa.
"Alhamdulillah everything okay. Soraya selepas pembedahan bukan main lagi, terus hendak berjalan dan melompat.
"Terus mummy rasa tak sedih. Soraya, mummy and daddy love you okay," kongsinya.
Sekadar info, Ain berkahwin dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sulung iaitu Soraya. Kini pengacara Melodi tu sedang hamil anak kedua.
10 INFO HERNIA KANAK-KANAK PEREMPUAN
Hernia lazimnya dikaitkan dengan kanak-kanak lelaki, namun si kecil perempuan pun tidak terkecuali. Berikut info berkaitannya:
1-Hernia juga dikenali sebagai angin pasang adalah gangguan yang melibatkan penonjolan keluar organ atau tisu lembut melalui bukaan otot lemah pada bahagian abdomen. Keadaan ini berlaku kerana kelemahan otot perut dan boleh berkembang dalam beberapa bulan selepas bayi dilahirkan.
2-Hernia yang paling biasa pada bayi dan kanak-kanak adalah hernia inguinal dan umbilical.
3-Hernia inguinal berkembang sebagai benjolan kecil pada pangkal paha atau memanjang dalam skrotum atau labia. Ia banyak berlaku pada bayi pramatang bayi lelaki berbanding bayi perempuan.
4-Hernia umbilikal berlaku pada pusat kerana kelemahan atau bukaan pada bahagian otot abdomen sekitar bawah kulit. Usus kecil mungkin menjulur keluar melaluinya. Lazimnya benjolan ini akan jelas kelihatan apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.
5-Hernia umbilikal akan tertutup sendiri dalam masa satu atau dua tahun selepas kelahiran. Untuk hernia kecil bersaiz kurang daripada satu setengah inci, 85 peratus daripadanya mungkin akan tertutup tanpa pembedahan.
6-Jika bukaan besar dan kekal terbuka melebihi usia dua tahun atau wujud komplikasi, ia perlu dirawat dengan pembedahan.
7-Hernia inguinal tidak akan hilang dan mempunyai risiko berkembang sebagai hernia terbelit (strangulated hernia). Risiko komplikasinya adalah lebih tinggi berbanding hernia umbilikal.
8- Bayi atau kanak kanak perempuan yang mempunyai penyakit hernia mempunyai risiko ovarinya masuk ke dalam karung hernia.
9-Risiko untuk ovari terpulas dan mati juga tinggi.
10-Ia boleh berlaku apabila ovari masuk ke dalam karung hernia dan melekat di dalamnya. Lebih-lebih lagi jika diurut dan ditekan dari luar (pada kawasan ari-ari),risiko ovari terpulas dan terjejas sangat tinggi.
Sumber: Instagram, Hello Doktor