KOLABORATIF pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan pencipta kandungan digital Sofyank meraih perhatian ramai apabila bergabung buat julung kalinya dalam menghasilkan video infografik bagi menerangkan tentang isu Gaza dan Rafah.
Menggunakan pengaruh laman sosial dan kepakaran, Khairul Aming, 31 dan Sofyank atau sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah, 27, memuat naik video berdurasi lapan minit.
"Semoga kemerdekaan milik ??. Ini kolaboratif pertama @khairulaming dengan @Sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di ? adalah bukan konflik semata-mata.
"Paling penting kami hendak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia.
Baca juga: 'Saya anggap ini jihad kecil'. Lantang bersuara P4lestin, kontrak Kaka Azraff ditamatkan
"Video ni panjang sedikit, lapan minit. Tetapi, kami berharap ia dapat membantu menyebarkan kesedaran untuk saudara kita di sana ???," kongsi jutawan muda itu.
Sementara itu, Sofyank pada ruangan komen berharap video berkenaan mendidik masyarakat tentang realiti di sana.
Baca juga: 'Sebahagian hasil ini kita derma ke Palestin,.' Aeril Zafrel jual Lamborghini
Baca juga: Bella Hadid lantang bela Palestin, Dior gugurkan ganti dengan model berbangsa penjajah
Hantaran Khairul Aming dan Sofyank itu menerima reaksi positif daripada warga maya termasuk influencer yang lain. Ujar mereka:
"Alhamdulilllah! Terbaik, anak. Moga lebih ramai dapat manfaat dari perkongsian ini. Tahniah, @khairulaming dan @sofyank96 . Tok Abah bangga dengan kamu berdua dan seluruh team," kongsi Datuk Dr Fadzilah Kamsah.
"Pempengaruh sebenar, guna kelebihan untuk dakwah dan kebaikan. Inspirasi untuk yang lain," titip Fedtri Yahya.
"#FreeP4lestine! Semoga lebih ramai yang peka dengan situasi ini," ujar Dr Fie Tawfek..
"Terbaik @khairulaming dan @sofyank96 ," tulis Beto Kusyairi.
"True influencers. Kudos @sofyank96 dan @khairulaming," kata Officialinteam.
"This is how you use your platform," kongsi Musy Mustakim.
"Terima kasih @khairulaming atas penerangan seperti ini. Bukan setakat saya sahaja boleh faham, anak-anak saya yang kecil pun teruja dan boleh memahami dengan jelas," ujar our.radius.
Menerusi tinjauan SinarPlus, selepas 13 jam di muat naik, ia meraih 23.2 juta tontonan di TikTok. Manakala di Instagram pula, video yang sama menerima lebih 800,000 tanda suka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!