Pemergian Jojo One Nation Emcees dicemburui, dalam keadaan berwuduk di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh. Kisah penghijrahan menyentuh hati

Iklan

BERITA sedih pemergian anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo, 50, mengejutkan.

Iklan
Iklan

Jojo atau nama sebenarnya, Nur Hasan Baias, meninggal dunia selepas rebah di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Menurut bekas anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly, Allahyarham berada di Masjid Sri Petaling kerana ada perjumpaan bersama kumpulan tabligh dan ketika semua yang menghadiri sedang berdoa, Jojo rebah.

Iklan

Sementara itu, menerusi Insta Story, Mimi dilihat mengenang betapa bertuahnya Allahyarham Jojo meninggal dunia dalam keadaan yang mulia.

"Moga ALLAH permudahkan semua untuk Jojo," titip Mimi.

Iklan

Difahamkan, Jojo semasa hayatnya pernah diserang angin ahmar.

Ujar Mimi atau nama penuhnya Shamimi Amalina Norhisham, Allahyarham Jojo pernah berpesan kepada isteri beliau agar jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan di mana lokasi dia menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jalil, kira-kira jam 6.45 petang tadi selepas diurus dan disolatkan di Masjid Sri Petaling sesudah solat Asar.

Allahyarham meninggalkan balu, Siti Rohayu, 38, dan anak perempuan bernama Mariam yang berusia tujuh tahun.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah penyanyi XPDC, Mohd Ali Ismail dan penyanyi Azharina Azhar.

Terdahulu, pendakwah, Maulana Helmi dilapor memaklumkan Allahyarham Jojo sebelum ini sempat keluar berdakwah selama 40 hari sebelum mengikuti program ijtimak dakwah di Masjid Jamek Sri Petaling.

"Buat yang mengenali Jojoe One Nation Emcees beliau telah meninggal dunia dalam medan ijtimak Qudamak Seri Petaling selepas doa penutup dibacakan.

KISAH HIJRAH JOJO MENGINSAFKAN WARGANET

Pada 2022, Jojo pernah mendedahkan kisah penghijrahannya dan ia kembali tular.

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Jojo berkongsi beliau mendapat hidayah dan menemui ketenangan menerusi ibadat solat.

Allahyarham mengakui bahawa sudut pandangnya terhadap kebahagiaan di dunia berubah selepas mula berhijrah ke jalan diredai ALLAH SWT.

"Mungkin ALLAH bagi hidayah pada masa itu ada kebaikan dalam diri saya.

"Mencari ketenangan dan kebahagiaan adalah dengan solat sahaja," katanya.

Jojo juga menekankan betapa pentingnya ibadat solat walaupun beliau pada awalnya tidak melakukannya dengan ikhlas.

"Orang kata nanti ikhlas dulu baru boleh sembahyang.

"Bila kita belajar, satu hari ALLAH beri keikhlasan. ALLAH akan jauhkan kita dari perkara yang mungkar.

"Jangan takut, ALLAH pasti akan buka jalan. Macam mana kita berdikari untuk hidup, begitulah juga solat," kongsinya.

Sumber: Berita Harian, Instagram