Khas buat wanita gemar 'membawang', Nora Danish titip pesan banyakkan bersedekah & bertaubat. ‘Supaya tak muflis akhirat’

Iklan

SEJAK berhijab, sedikit demi sedikit perubahan yang dilakukan oleh pelakon jelita, Nora Danish dikongsikan kepada umum untuk diamalkan bersama.

SEJAK berhijab, sedikit demi sedikit perubahan yang dilakukan oleh pelakon jelita, Nora Danish dikongsikan kepada umum untuk diamalkan bersama.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, beliau ada mengajak orang ramai untuk sama-sama menghafal surah Al-Mulk.

Lain pula baru-baru ini, Nora sempat menitipkan pesanan buat wanita untuk memperbanyakkan istighfar dan amalan bersedekah.

Iklan

Menerusi perkongsian di Threads milik ibu kepada dua orang cahaya mata ini, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif berkata, amalan itu perlulah dilakukan khususnya buat mereka yang banyak mengata serta mengumpat orang lain.

Iklan

"Untuk wanita terutamanya, Nabi berpesan bahawa kita perlu perbanyakkan istighfar dan bersedekah.

'Dan bila bersedekah niat kan, Ya ALLAH sedekah ini aku khususkan kepada mereka yang aku zalimi, mereka yang berhak ke atas diriku," tulis Nora.

Tambah pelakon yang suatu masa dulu terkenal dalam drama Puteri itu lagi, seseorang juga perlu bertaubat daripada dosa yang dilakukan supaya tidak menjadi muflis akhirat.

"Kalau kita nak minta maaf pada setiap orang yang kita umpat memang tak logik lah kan?

'Lagi-lagi, mereka itu kita tak pernah berjumpa pun. Jadi, amalkan sedekah ini dan sentiasa bertaubat.

"Supaya tak muflis akhirat kerana dah menjadi kebiasaan kita suka ‘membawang’," tambah beliau.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan dan nasihat yang disampaikan anak kelahiran Terengganu itu. Malah ada yang berterima kasih atas ingatan yang diberikan.

Ada baiknya perkongsian Nora ini. Sekarang ini ramai yang bercakap tanpa berfikir, menaip seperti diri sendiri maksum berbahas tentang perkara yang tular di internet.